Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church Sampel

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

HARI 10 DARIPADA 19

Hari 10

Terdapat banyak perkara yang membuat kita kagum tentang Maria, ibu Yesus, dalam kitab Lukas. Semasa malaikat Gabriel menyampaikan berita bahawa ia, seorang anak dara, akan mengandung lalu melahirkan "Anak Allah Yang Maha Tinggi", reaksi awalnya ialah campuran rasa terkejut dan rasa takut. Namun, dalam respons terakhirnya kepada Gabriel, ia mengucapkan kata-kata yang rendah hati ini dalam Lukas 1:38: “Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan.”

Pengarang Tim Keller dalam bukunya “Hidden Christmas,” menjelaskan kepentingan kata-kata Maria di sini:

“Dalam terjemahan yang lebih lama, Maria berkata, "jadilah padaku menurut perkataanmu itu" (Lukas 1:38, ITB). Ini amat dekat dengan apa yang akan diucapkan oleh anaknya kelak: "bukanlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Kaukehendaki" (Matius 26:39). Maria berserah sebelum mengetahui apa yang Yesus akan lakukan deminya. Kita tahu bahawa bagi setiap pengorbanan Maria bagi Yesus, Dia melakukan jauh lebih banyak lagi untuknya. Maria menerima bahawa akan jatuh martabatnya - tetapi fikirlah betapa jauh Anak Allah jatuh, dari syurga ke bumi. Dalam budaya keaiban-dan-kehormatan yang dahsyat itu, Maria sedar bahawa ia menerima kehendak Allah dengan mengambil risiko kehilangan nyawa. Namun, Yesus menerima kehendak Allah dengan kesedaran tindakan itu akan merampas segala-ganya daripada Dia...Tetapi lihatlah penebusan tidak terbatas dan tidak berhujung yang terhasil daripada ketaatan-Nya - kemuliaan kekal bagi kita semua.”

Maria akan mengalami keseksaan kehilangan anak yang tidak terbayang. Ia menyaksikan kematian-Nya yang kejam tetapi kemudiannya melihat kubur-Nya yang kosong dan melihat tubuh-Nya yang bangkit! Ia tahu akan rasa sakit dan kehilangan, tetapi ia juga tahu akan sukacita yang tidak terkira. Dari mula ceritanya lagi, ia tidak membenarkan penderitaan atau keadaan semasanya untuk menghalangnya daripada mentaati. Ia, seperti Yesus, menyerahkan kehendaknya kepada Bapa kerana, yang terutamanya, ia mencari kehendak Dia, bukan kehendak diri.

Tindakan: Adakah keadaan dalam hidup anda yang anda benarkan untuk menghalang anda daripada mentaati Allah? Berdoalah agar Allah akan menolong anda "mati terhadap diri" semasa anda mengerjakan kehendak-Nya bagi hidup anda. Doakan kata-kata Yesus, "bukanlah seperti yang Kuhendaki, melainkan seperti yang Kaukehendaki" (Matius 26:39), ke atas sebarang situasi susah dalam hidup anda sekarang ini.

Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.

More

Kami berterima kasih kepada New Life Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://newlifechurch.tv