Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church Sampel

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

HARI 5 DARIPADA 19

Hari 5

Pada minggu ini, kita telah meneliti orang dalam Alkitab yang telah mengatasi ketakutan dan kekhuatiran diri tentang masa depan mereka. Walaupun mereka rasa bimbang, mereka belajar bergantung sepenuhnya pada sifat Allah yang tetap dan tidak berubah-ubah. Kita juga belajar tentang Roh Kudus, Penasihat kita yang Bijak, yang setia menetapi janji-Nya kepada setiap orang tentang masa depan kita.

Semasa anda berfikir tentang masa depan anda, perkara pertama yang datang ke fikiran anda mungkinlah peringkat hidup yang seterusnya, rancangan lima tahun anda, ataupun sesuatu yang berasa amat berat untuk dihadapi minggu ini. Masa depan mungkinlah menyeronokkan, menakutkan, menenggelamkan, dan penuh harapan sekaligus. Namun, bagaimana kalau kita memandang lebih lanjut lagi melewati garis masa kita yang terbatas? Kita mengetahui bahawa Alkitab berkata jika kita ada dalam Yesus Kristus, kita mempunyai masa depan yang terbaik buat kita, tetapi itu hanya tercapai selepas masa kita di bumi ini berakhir.

Semasa anda berfikir tentang syurga, apakah yang anda lihat? Adakah anda membayangkan pintu gerbang mutiara yang berkilau-kilauan? Jalan emas tulen yang berkilat? Mahkota yang dihiasi pelbagai jenis batu permata? Sementara semua ini ialah gambaran dalam Alkitab, ini cumalah permulaannya. Gambaran yang indah ini tidak setanding apa yang bakal dialami.

Disebabkan oleh Yesus, kita ditawarkan keabadian yang dihabiskan dalam hadirat Penyelamat kita, menyembah Dia di syurga. Kita diberikan peluang berkembang maju di tempat yang tiada tangisan, tiada kesedihan, tiada kesakitan, dan tiada dosa. Alkitab berkata, "Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap." Dia telah memperbaharui segala sesuatu. Inilah masa depan kita. Inilah harapan kita.

Tindakan: Fikirlah tentang perkara dalam masa depan anda yang anda benarkan untuk menguasai anda baru-baru ini. Luangkan masa untuk berkongsi dengan Allah tentang perkara yang datang dalam fikiran dan mintalah Dia agar menenangkan roh anda. Bersyukurlah kepada Dia kerana kedamaian yang ditemui dalam janji-Nya berkenaan kemenangan dan keabadian bersama dengan Dia di syurga.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.

More

Kami berterima kasih kepada New Life Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://newlifechurch.tv