Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church Sampel
Hari 4
Petrus merupakan satu watak dalam Alkitab yang kadang-kadang mempunyai reputasi buruk. Ia menafikan bahawa ia mengenal atau berhubungan dengan Yesus semasa perjalanan-Nya ke salib. Kita cuma dapat membayangkan bagaimana interaksi tersebut menghantui hidupnya selepas itu. Namun, sebelum Petrus menyangkal Yesus, ia dan Yesus mempunyai hubungan yang istimewa.
Petrus ialah salah seorang daripada 12 orang rasul, maknanya ia merupakan pengikut Yesus yang salih, dan ia telah melihat Yesus melaksanakan banyak mukjizat serta hadir bersama dengan Dia sepanjang pelayanan-Nya. Dalam Matius 16, Yesus menanya murid-murid-Nya menurut kata orang siapakah Dia, kerana Dia ingin mengetahui pendapat orang lain tentang siapa Dia itu. Maka, mereka memberitahu Dia, “…Ada yang berkata Yohanes Pembaptis. Ada juga yang berkata Elia, sedangkan yang lain berkata Yeremia atau salah seorang nabi.” Walau bagaimanapun, Yesus ingin mengetahui menurut mereka siapakah Dia, dan iman Petrus betul-betul menyerlah pada waktu ini. Dia berkata, “Guru ialah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Hidup.”
"'Hai Simon anak Yohanes, berbahagialah engkau!' kata Yesus, 'Bukannya manusia yang memberitahukan hal itu kepadamu, tetapi Bapa-Ku di syurga yang memberitahumu. Oleh itu ketahuilah, engkau Petrus, batu yang kuat. Dengan beralaskan batu inilah, Aku akan membina jemaah-Ku. Bahkan maut pun tidak dapat memusnahkannya! Aku akan memberikan kunci Dunia Baru Allah kepadamu. Apa yang engkau larang di atas bumi, akan dilarang juga di syurga. Apa yang engkau benarkan di atas bumi, akan dibenarkan juga di syurga.’”
Matius 16:17-19 BM
Yesus memaksudkan kata-kata-Nya. Itulah yang dilakukan oleh-Nya, dan Petrus pula membina jemaah. Ia melakukan mukjizat, ia memainkan peranan penting semasa Pentakosta, dan hidup Petrus membawa kesan terhadap agama Kristian yang ada sekarang ini. Namun, ini tidak bermakna hidup Petrus adalah senang selepas Yesus naik ke syurga. Petrus kemudiannya disalibkan terbalik di tangan Nero kerana ia rasa tidak layak untuk mati dalam cara yang sama dengan Yesus. Petrus betul-betul hidup dan sesudah itu mati demi Kristus.
Sementara pasti ada masanya watak Petrus itu bercacat, imannya adalah berani dan dikuatkan dengan peredaran masa. Ia tidak membenarkan kegagalan lalunya untuk menimbulkan rasa takut tentang masa depannya. Ia memandang ke depan dengan penuh semangat, menyedari bahawa apa yang Yesus panggilnya untuk lakukan adalah jauh lebih besar daripada ketidakyakinannya, kelemahannya, dan apa-apa ketakutan manusia. Imannya kukuh meskipun ketika mati - ia sememangnya membawa kesan yang hebat terhadap Kerajaan!
Tindakan: Apakah kegagalan lalu yang anda benarkan untuk menimbulkan rasa tertewas terhadap masa depan anda? Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok, tetapi kita tahu bahawa Yesus telah berkata kita tidak akan berjalan bersendirian dalam hidup ini. Berdoalah tentang masa depan anda hari ini, dan mempercayai kebenaran bahawa tiada apa-apa yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus.
Perihal Pelan
Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.
More