Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church Sampel

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

HARI 16 DARIPADA 19

Hari 16

Bab 17-19 dalam kitab 1 Raja-raja menggambarkan beberapa waktu Allah menggunakan Elia untuk membawa peruntukan, penyembuhan, dan kemenangan yang luar biasa kepada dirinya dan orang lain. Elia seharusnya berkeyakinan selepas mengalami mukjizat tersebut, tetapi satu pesanan daripada permaisuri Izebel, "Bunuh Elia!" membuatnya melarikan diri.

Bagaimanakah ancaman kewujudan ini menjadi ganjarannya kerana mentaati Allah dengan setia? Daripada berjalan dalam kemenangan, Elia rasa tidak bermaya dan takut.

Semasa mendekati musim cuti, kita mungkin rasa risau sementara menjangkakan situasi sosial yang tidak menyenangkan ataupun pertemuan keluarga yang tegang. Mungkin seseorang kenalan anda kerap menuduh anda, membuat anda bersalah, ataupun mengancam anda. Disebabkan mereka selalu berbuat demikian, anda berfikir-fikir tentang cara untuk mengelakkan mereka atau sekurang-kurangnya mengehadkan masa anda dengan mereka tanpa menyinggung perasaan ahli keluarga yang lain.

Bagaimanakah kita dapat bersedia untuk itu?

Elia berlari selama 40 hari sehingga ia sampai ke Gunung Horeb, berdoa dengan terdesak, dan berharap untuk mendengar Allah. Ia tidak mendengar Allah dalam gempa bumi, angin, atau api. Ia mendengar suara Allah dalam bisikan lembut.

Allah tidak menggoncang kita secara fizikal untuk mendapatkan perhatian kita, menumbangkan kita dengan kuasa-Nya, atau membakar kita dalam keadaan terlampau marah. Tidak, Dia menunggu sehingga kita mengetepikan segala sesuatu dan mendiamkan hati di hadapan Dia.

Seperti keadaan Elia, apa yang kita hadapi mungkinlah meletihkan dari segi emosi, mematahkan semangat, dan dipenuhi kekhuatiran. Namun, Allah mengetahui apa yang dihadapi Elia, dan Dia tahu apa yang dialami oleh anda juga.

Dia boleh memberikan haluan dan rangka tindakan, tetapi suara-Nya datang seperti bisikan lembut, maka memanglah baik jika kita menenangkan diri supaya cukup diam untuk mendengarnya.

Tindakan: Seperti Elia, dapatkah anda mengasingkan diri dan mendiamkan suara di dalam kepala anda, sama ada kerisauan, ancaman, atau tuduhan? Bolehkah anda menumpukan perhatian pada pernafasan anda dan menjemput Tuhan untuk menyertai anda? Mintalah Dia agar menunjukkan kepada anda cara untuk membawa hidup, kasih, dan harapan kepada komuniti anda semasa anda bersiap sedia untuk meraikan kelahiran Tuhan Yesus!

Hari 15Hari 17

Perihal Pelan

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.

More

Kami berterima kasih kepada New Life Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://newlifechurch.tv