Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Pemazmur memanggil Israel untuk memuji nama Tuhan dan bersyukur kepada Allah penguasa di syurga. Kasih-Nya (belas kasihan-Nya) kekal abadi.
Apakah maksudnya?
Penulis tidak dapat menyekat kegembiraannya yang amat sangat semasa berfikir tentang keindahan Allah yang mengagumkan. Tuhan telah mencipta segala sesuatu dan berdaulat memerintah segala-galanya. Fikiran tentang sifat Allah yang mengagumkan, penciptaan-Nya yang berkuasa, dan pembebasan, perlindungan serta pemeliharaan luar biasa-Nya terhadap Israel menyebabkannya untuk menyanyikan lagu pujian dan kesyukuran yang menggembirakan. Ia menyaksikan kebodohan menyembah allah-allah buatan manusia. Israel melayani Allah abadi yang penuh rahmat, penyayang, dan berbelas kasihan. Pemazmur menggesa orang di sekelilingnya untuk memuji Allah kerana siapa Dia itu dan bersyukur kerana apa yang telah dilakukan oleh Dia.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Pujian dan kesyukuran anda memberkati Allah. Dia tidak memerlukannya, tetapi Dia suka mendengarnya. Luangkan masa untuk merenungkan siapa Allah itu dan apa yang telah dilakukan oleh-Nya secara peribadi untuk anda. Adakah anda, seperti penulis mazmur ini, menyaksikan kesetiaan Allah semasa Dia berjalan bersama-sama dengan anda? Lagu apakah yang menimbulkan kekaguman, menyentuh anda untuk memuji, dan memuliakan Allah? Nyanyikan lagu tersebut pada minggu ini pada waktu pujian peribadi anda semasa di rumah atau dalam kereta. Pada hari ini, biarlah sikap, kata-kata dan perbuatan anda menunjukkan kesedaran anda akan ciri Allah yang indah dan mengagumkan dan kesyukuran kerana pekerjaan-Nya dalam hidup anda.
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More