Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 100 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Tuhan menyelami hati Daud dan mengenalnya, meskipun sebelum ia dilahirkan.

Apakah maksudnya?

Mazmur ini bermula dan berakhir dengan penelitian hati Daud oleh Tuhan. Allah mengetahui segala sesuatu tentangnya; Allah menuliskan setiap hari tentang hidupnya. Fikiran, kata-kata dan tindakannya jelas dalam kehadiran Allah. Daud memahami bahawa Allah mengenalinya lebih daripada ia mengenali dirinya sendiri, jadi ia menjemput Tuhan untuk menelitinya dan mendedahkan hal yang tidak menyenangkan hati-Nya. Ia ingin memandang dirinya sebagaimana Allah memandangnya supaya ia boleh membetulkan apa yang tidak kena. Daud amat kagum dengan pengetahuan Allah tentang hidupnya dan penglibatan peribadi-Nya dalam hidupnya.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Allah mengetahui segala sesuatu tentang hidup anda. Dia ada sebelum anda menarik nafas pertama anda dan Dia menyertai anda sekarang ini. Apakah perasaan anda bila anda menyedari bahawa Allah melihat, mendengar, dan mengambil berat tentang semua fikiran, kata-kata dan perbuatan anda? Jawapannya bergantung pada kehidupan anda sekarang ini sama ada anda mentaati Kristus. Adakah anda akan menjemput Allah untuk meneliti hati anda hari ini? Jika tidak, anda akan menjadi buta tentang hal yang salah dan cuba mengecilkan dosa anda. Keberanian diperlukan untuk menyemak hidup anda dengan jujur, mengakui kesalahan anda, dan memohon pengampunan Allah. Hati dan fikiran anda sudah jelas kepada Allah, jadi mengapa anda tidak memandang diri anda sebagaimana Dia memandang anda? Apabila anda berbuat demikian, kehadiran-Nya yang maha melihat, maha mengetahui menjadi suatu penghiburan – bukan kekhuatiran.

Hari 99Hari 101

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org