Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 106 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Pemazmur menjemput semua makhluk yang hidup untuk memuji Tuhan kerana ciptaan-Nya, belas kasihan-Nya, perbuatan-Nya yang berkuasa, dan kebesaran-Nya yang agung.

Apakah maksudnya?

Sesungguhnya penutup yang indah dan mengagumkan bagi konsert pujian dan doa Alkitab! Mazmur yang pertama bermula dengan berkat Allah terhadap orang yang merenungkan Firman-Nya. Mazmur yang terakhir berakhir dengan pujian manusia dan "setiap makhluk yang hidup". Ada kalanya memuji Allah bersifat senyap dan melibatkan renungan. Walau bagaimanapun, tiga mazmur yang terakhir menjemput semua ciptaan untuk menyertai kebaktian penyembahan untuk memuji Pencipta mereka. Orang yang mengenali Allah mempunyai sebab yang khusus untuk menyanyikan lagu pujian yang baru kepada Tuhan – lagu keselamatan. Dialah yang menghilangkan semua dosa mereka dan menghukum musuh mereka. Memanglah wajar untuk memuji Allah di setiap tempat, dalam setiap situasi, dan dengan setiap nafas.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Bagaimanakah anda memulakan dan mengakhiri hari anda? Adakah anda berasa amat berat semasa bangun memikirkan apa yang akan berlaku pada hari itu, ataupun, adakah anda mengingati, "Ini hari yang dijadikan oleh Tuhan; kita akan bergembira dan bersukacita kerananya"? Allah suka mendengar pujian anda semasa anda berkumpul dengan orang lain untuk menyembah, tetapi Dia juga senang hati bila pujian anda memadani pilihan anda dan cara hidup anda. Cubalah untuk menyelaraskan hari anda dengan struktur kitab Mazmur. Mulakan hari dengan merenungkan kebijaksanaan Allah dalam Alkitab; biarlah tindakan anda sepanjang hari menjadi ungkapan kasih anda terhadap Dia, dan akhiri hari anda dengan menunjukkan penghargaan kerana siapa Allah itu dan mengucapkan syukur kerana apa yang telah dilakukan oleh Dia. Adakah anda akan menyertai seluruh ciptaan untuk memuji Tuhan kerana kebesaran-Nya? Adakah anda akan bersyukur kepada Dia sekarang ini kerana memberikan keselamatan anda? Bertekadlah untuk memuji Tuhan dalam setiap situasi yang dihadapi dengan setiap nafas sehingga akhir hayat anda. Ini akan memberikan tenaga kepada anda dari segi fizikal, emosi dan rohani.

Hari 105

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org