Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Dikuasai, bersendirian, dan ditumpaskan oleh musuh, Daud mendoakan kemenangan, pimpinan, dan hati yang menyenangkan hati Allah.
Apakah maksudnya?
Walaupun mazmur ini ditulis pada waktu yang berbeza dalam hidup Daud, ia menghadapi masalah yang sama. Dalam Mazmur 142, Saul cuba membunuh Daud, sementara dalam Mazmur 143, anak lelakinya Absalom mengancam hidupnya. Pada kedua-dua waktu tersebut, perasaan terdesak, kelemahan, dan putus asa menguasainya dan membuat doa ini serupa. Sehinggalah satu perbezaan yang besar timbul dalam 143:5. Kesetiaan Allah dalam situasi yang pertama memberikan Daud keyakinan dalam kebaikan Allah dan kasih-Nya yang berterusan dalam keadaan semasanya. Pandangan Daud berubah apabila ia mengenang semula bagaimana Tuhan telah menyelamatkannya pada masa lalu. Ia bukan sahaja membayangkan apa yang dapat dilakukan oleh Allah untuknya – ia pernah mengalaminya dahulu.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Setiap cabaran yang anda hadapi memberikan peluang untuk lebih mengenali Allah dan bagaimana Dia bertindak bagi pihak orang yang mempercayai-Nya. Adakah situasi yang anda hadapi sekarang ini menguasai anda atau membuat anda rasa hampa? Jika anda ialah orang percaya yang matang, kenanglah kembali situasi lain yang kelihatan tidak berharapan. Bagaimanakah Tuhan menguatkan anda sepanjang pergelutan tersebut? Jika anda ialah orang Kristian yang baru, mintalah Allah agar membuka mata anda supaya anda melihat betapa Dia mengasihi anda. Hari ini, ingatlah bahawa Allah mengkhusus dalam mengubah situasi yang tidak berharapan kepada peluang yang menakjubkan untuk menunjukkan kebaikan, kebijaksanaan dan kuasa-Nya.
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More