Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 101 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Daud bercakap dengan Allah tentang bahaya yang dihadapinya di tangan musuh dan menyatakan keinginannya untuk mengelakkan perbuatan jahat.

Apakah maksudnya?

Daud membuat dua keputusan yang besar semasa berhadapan dengan musuh. Pertama, ia mempercayai Allah untuk campur tangan dan menangani orang yang menganiayainya. Mendekati Allah membenarkan Daud untuk meluahkan emosi yang dialami dan bergantung pada Allah untuk bertindak. Kedua, Daud mengalihkan pandangannya daripada keadaannya dan memakukan pandangannya pada Allah. Ia ingin memberikan respons yang betul dan menyedari bahawa ia memerlukan Allah demi berbuat demikian. Ia mencari pertolongan Allah untuk melindungi hatinya daripada menginginkan perkara yang salah atau bersatu dengan orang yang salah.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Memanglah mudah untuk memberikan respons yang salah semasa berhadapan dengan orang yang sukar. Namun, Allah tidak berubah; Dia masih boleh dipercayai untuk campur tangan dalam hidup anda apabila orang lain menganiayai anda. Bagaimanakah anda akan memberikan respons bila orang lain menganiayai anda? Adakah anda akan berbalas dendam atau berbalik kepada Allah? Adakah anda akan menyertai mereka untuk memberontak menentang Firman-Nya atau menyatakan kesanggupan untuk mentaati Kristus sepenuhnya? Jika anda menetapkan perhatian anda pada Allah, anda akan dapat memberikan respons yang sama dengan Daud. Mintalah Allah untuk melindungi fikiran dan keinginan anda sekarang ini semasa anda berinteraksi dengan orang yang ditemui hari ini.

Hari 100Hari 102

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org