Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Daud mengkhabarkan kebesaran kebaikan dan kemurahan hati Allah.
Apakah maksudnya?
Sifat sebenar kebesaran Allah tidak dapat difahami Daud, maka ia memuji apa yang diketahuinya tentang kerja dan sifat Tuhan daripada pengalaman hidupnya. Pengetahuannya tentang kasih kurnia, belas kasihan, dan kasih Allah diperoleh melalui waktu sukar yang amat menyedihkan dan pertaubatan dosa yang menyeksa. Ia bersaksi secara langsung tentang pemeliharaan dan kesetiaan Allah sepanjang masa ia melarikan diri untuk menyelamatkan diri. Tuhan hadir, menjaga Daud pada setiap malam ia tidak dapat tidur dan semasa setiap seruan memohon pertolongannya. Setiap perkara yang dilakukan dan dibenarkan oleh Allah dalam hidup Daud adalah penyayang dan betul. Daud menjalinkan hubungan peribadi yang akrab dengan Allah dan mempunyai sebab untuk memuji Dia secara peribadi, tetapi ia tidak berhenti begitu sahaja. Kebaikan Allah patut dipuji oleh semua orang sepanjang setiap generasi, jadi Daud menuliskan mazmur pujian ini supaya keagungan, kebaikan, kebenaran, dan kekudusan Tuhan akan dipuji selama-lamanya.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Setiap keadaan dan pengalaman mempunyai satu tujuan untuk anak Allah: mengenali Tuhan dan mengkhabarkan-Nya. Melalui kata-kata pujian Raja Daud, kita mendapat tahu tentang sifat Allah dan bagaimana Dia berinteraksi dengan manusia berdasarkan sifat tersebut. Semasa kita mengikuti Kristus dan lebih mengenali Dia, kita juga harus memberitahu orang lain tentang bagaimana kasih, kasih kurnia, dan kebaikan-Nya telah ditunjukkan kepada kita. Perintah bagi setiap generasi orang percaya ialah mengenali Tuhan secara dekat dan memuji Dia secara terbuka. Bagaimanakah anda akan mengkhabarkan-Nya hari ini?
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More