Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Sementara pemazmur menangis, penawan Babilonianya mendesaknya untuk menyanyikan lagu Sion.
Apakah maksudnya?
Kata-kata mazmur ini ditulis daripada hati yang remuk semasa Israel ditawan. Memanglah penting untuk mengingati bahawa Allah membenarkan umat-Nya untuk dihalau daripada kampung mereka kerana mereka enggan bertaubat berulang kali. Maka, adakah penulis merindukan Yerusalem kerana tempat itu ialah kota kudus yang didiami Allah ataupun kerana ia merindukan kehidupan berdosa di sana? Ia menggantungkan hapnya dan enggan menyanyikan lagu Sion yang akan mengingatkannya tentang kesetiaan Allah, mengarahkan hati Israel kepada Tuhan, dan bersaksi kepada penawan pagan mereka tentang Allah yang maha kuasa.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Sesungguhnya lebih mudah untuk ikut bernyanyi lagu pujian di radio apabila berkat Allah adalah nyata dalam hidup anda berbanding waktu anda dikuasai kesedihan atau kemarahan. Adakah sesuatu mencuri sukacita anda? Jangan tunggu sehingga anda berasa lega – hari ini, dengarlah muzik yang akan mengingatkan anda tentang kasih dan kesetiaan Allah. Jika keupayaan anda untuk memuji Tuhan adalah berdasarkan keadaan anda, maka ada kalanya hati anda akan menjadi sejuk. Jika sukacita anda mengalir daripada mengenali Kristus dan menjalankan hidup yang menyenangkan hati-Nya, anda tidak mungkin kekurangan lagu dalam hati anda (Kis 16:25). Anda akan menjadi dorongan kepada orang percaya yang lain dan saksi yang berkuasa kepada orang yang tidak mempercayai Kristus.
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More