Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 99 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Daud memuji kesetiaan dan kasih Allah di tengah-tengah masalah.

Apakah maksudnya?

Tidak pasti bila Daud telah menulis mazmur ini, tetapi keadaannya adalah jelas. Ia dikelilingi musuh dan berjauhan dari Yerusalem, di tanah yang dipenuhi allah-allah palsu. Meskipun di tengah-tengah kesusahan, kehidupan rohani Daud tidak terjejas. Kasih Allah yang tidak goyah semasa kesusahan menguatkan dan mendorongnya untuk menyembah Allah dengan segala tenaganya. Keadaannya tidak menghambat tujuan Allah untuk hidupnya tetapi memberikannya alasan yang lebih besar untuk memuji Allah Israel berbanding raja pagan. Kesusahan Daud yang berganda bertindak sebagai penguat pemahamannya tentang kesetiaan, belas kasihan, kekudusan, dan kasih Allah.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Masalah hidup memang susah; walau bagaimanapun, masalah tersebut tidak harus menimbulkan kesan yang negatif. Malahan, halangan yang anda hadapi memberikan anda lebih banyak peluang untuk memahami sifat Allah. Secara peribadi, mengalami tangan Allah dalam hidup anda adalah agak berbeza daripada membaca tentang kasih kurnia dan belas kasihan-Nya atau mendengar cerita kawan anda tentang kesetiaan-Nya. Apakah keadaan yang merunsingkan yang sedang anda hadapi sekarang ini? Pernahkah anda membenarkan keadaan anda untuk mengganggu penyembahan anda atau perjalanan anda dengan Tuhan? Anda memerlukan anjakan paradigma. Berhenti memandang hal yang negatif dan mencari tangan Allah yang penyayang dan setia.

Hari 98Hari 100

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org