Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 96 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Daud bersumpah untuk membina rumah bagi Allah, dan Allah berjanji bahawa anak lelakinya akan memerintah selama-lamanya jika mereka mengikut-Nya. Umat Allah harus memuji Dia di tempat suci-Nya dan bersatu.

Apakah maksudnya?

Tiga mazmur terakhir dalam Nyanyian Ziarah mengarahkan perhatian Israel kepada teras penyembahan Israel – rumah Tuhan. Sumpah Daud untuk membina rumah bagi Allah membebani fikirannya pada awal pemerintahannya, tetapi itu bukanlah kehendak Allah. Anak lelakinya Salomo membina rumah Tuhan, tempat kediaman Allah, di mana suku-suku Israel berkumpul bersama-sama untuk menyembah. Tujuan sepunya mereka ialah menyanyikan lagu sukacita, mencari berkat Tuhan, dan memuji Dia sebagai Pencipta Langit dan Bumi. Pemazmur mengulang janji Allah semasa Dia memilih Israel sebagai umat-Nya dan Daud sebagai raja-Nya, dengan syarat mereka akan tetap mentaati dan mengasihi-Nya sebagai Tuhan hidup mereka.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Perkara yang besar boleh dicapai apabila ahli keluarga atau komuniti hidup untuk tujuan yang sama. Jika mana-mana kumpulan menunjukkan kedamaian dan kesatuan seperti itu, kumpulan itu sepatutnya jemaat Yesus Kristus. Apakah tujuan anda semasa anda pergi ke gereja setiap minggu? Adakah anda runsing dengan hal keluarga, perbezaan yang remeh dengan ahli gereja, atau peluang memajukan perniagaan anda? Sebagai umat Allah, kita harus menghargai masa yang kita habiskan bersama-sama dalam penyembahan. Kita mungkin tidak selalu memiliki kebebasan agama untuk berkumpul dalam nama Yesus. Dekati penyembahan minggu ini dengan sukacita dan semangat kedamaian serta kesatuan dengan orang percaya yang lain. Bersama-sama kita boleh mencapai perkara yang besar bagi Tuhan.

Hari 95Hari 97

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org