Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Tuhan benar; firman-Nya benar, boleh dipercayai, dan abadi. Penulis ini menangis kerana keingkaran hukum Allah, mengamanahkan hidupnya kepada janji dan belas kasihan Allah.
Apakah maksudnya?
Sepanjang bahagian ini, penulis ini menyatakan hal yang ia tahu benar tentang Allah dan Firman-Nya: Tuhan adalah benar dan abadi; janji-Nya benar; hukum-Nya adil, dan perintah-Nya boleh dipercayai. Doa dan kedudukan pemazmur bertentangan dengan orang yang tidak menghiraukan peraturan Allah. Ia mempunyai sebab untuk menjadi yakin. Doanya terangkum dalam kehendak Allah kerana ia meminta Tuhan untuk bertindak berdasarkan Firman dan sifat-Nya. Memandangkan ia taat – dan terus taat – kepada hukum dan peraturan Allah, fikiran dan kedudukannya adalah betul.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Pendapat politik dan kemoralan lazim berubah-ubah mengikut fikiran yang wujud pada waktu itu, tetapi Allah dan Firman-Nya tidak pernah berubah. Kelak, segala sesuatu yang dikatakan oleh Allah dalam Alkitab akan tercapai dan terbukti benar. Sehingga itu, kita perlu membuat keputusan sama ada kita akan menentang aliran dan mempertahankan Firman Allah. Adakah anda bersedih kerana keingkaran negara kita untuk menerima kebenaran yang didedahkan dalam Kitab Suci? Pendapat, keputusan, atau kedudukan politik yang manakah anda perlu serahkan kepada kuasa Firman Allah yang benar dan abadi? Allah adil, walau apa pun fikiran masyarakat. Anda boleh mengamanahkan hidup anda dengan yakin kepada janji-Nya bila anda memilih untuk hidup mematuhi perintah-Nya.
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More