Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Meskipun pemazmur ini dianiayai tanpa sebab, ia menemui kedamaian dalam hukum Allah. Ia meminta Allah untuk mendengar rayuannya agar diselamatkan supaya ia boleh menyanyikan lagu pujian tentang hukum Allah yang benar.
Apakah maksudnya?
Sepanjang Mazmur 119, kenyataan dan permohonan penulis adalah sama. Ia mengasihi, mempercayai, dan mentaati Firman Allah; ia ditentang oleh orang yang tidak menghiraukan Firman Allah; ia merayu agar Allah menyelamatkannya dan memuji Tuhan walau apa pun yang berlaku. Di tengah-tengah kehuru-haraan dan meskipun dianiayai, pemazmur ini bertekad untuk hidup taat, berdoa bersungguh-sungguh, dan terus memuji. Kedamaian dan sukacita yang ditemuinya dengan mengenali dan mengasihi Firman Allah lebih daripada perkara yang lain pastinya melebih pemahaman manusia – sungguh luar biasa.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Modus operandi kita sebagai pengikut Kristus yang menghadiri gereja ialah meminta kawan dan ahli kumpulan kecil untuk berdoa untuk kita semasa keadaan menjadi sukar, kemudian kita mengangkat pujian kepada Tuhan bila isu itu diselesaikan. Sementara itu, kita sering berasa bersalah kerana berasa bimbang atau memanipulasi dan bukannya berdoa bersungguh-sungguh. Dalam situasi apakah anda mengaitkan diri dengan seruan pemazmur untuk bantuan seperti yang dikaji dalam Mazmur 119? Adakah anda akan mengikuti contohnya untuk hidup secara taat, berdoa bersungguh-sungguh, dan terus memuji Allah – walau apa pun yang dihadapi dan betapa lama anda telah menunggu Tuhan untuk bertindak? Keadaan anda mungkin mendorong anda untuk lebih menyelami Firman Allah berbanding dahulu, memberikan anda kasih yang amat sangat terhadap Kitab Suci dan membekalkan anda dengan kedamaian serta sukacita yang luar biasa. Jangan berhenti berdoa kepada Tuhan dan mentaati Firman-Nya; jangan tunggu untuk memuji-Nya.
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More