Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 93 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Pemazmur berseru kepada Tuhan, Pencipta Langit dan Bumi, untuk menolong Israel dalam kesusahannya dan memeliharanya dengan penuh belas kasihan. Aku bersukacita semasa memasuki rumah Tuhan.

Apakah maksudnya?

Mazmur 120-134 ialah Nyanyian Ziarah (Pendakian). Mazmur Daud, Salomo, dan besar kemungkinan Hizkia ini dinyanyikan dalam perjalanan ke Yerusalem untuk perayaan tahunan. Semasa keluarga Israel memandang ke arah bukit di sekeliling Yerusalem, mereka betul-betul mengangkat mata kepada Tuhan, yang hadirat-Nya mendiami Rumah Tuhan di kota kudus itu. Mereka berjalan dengan yakin kerana Dia yang disembah dan dirayu dalam sebarang kesusahan ialah Pencipta segala sesuatu – Penolong, Pemelihara, dan Pembela mereka. Peluang menyembah satu-satunya Allah hidup yang benar secara terbuka membawa sukacita yang amat sangat.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Ke manakah anda pergi untuk mendapatkan pertolongan? Tiada masalah adalah terlalu susah untuk Tuhan. Dia menunggu anda untuk mencari-Nya dalam segala sesuatu yang anda perlukan. Satu cara untuk memakukan mata anda pada Tuhan sebagai Penolong, Pemelihara, dan Pembela ialah menghadiri gereja dengan tetap. Penyembahan bersama ialah sumber kekuatan yang besar untuk minggu akan datang semasa anda berkumpul bersama-sama orang percaya yang lain untuk memuji dan menyembah Allah dan saling mendorong satu sama lain. Adakah anda menanti-nantikan peluang untuk menyembah secara terbuka dengan keluarga gereja anda? Menumpukan fikiran anda pada sifat Allah dan kesetiaan lalu-Nya sepanjang minggu ini akan membantu anda menantikan waktu memuji-Nya secara terbuka dan penuh sukacita.

Hari 92Hari 94

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org