Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 90 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Pemazmur mengasihi dan mentaati hukum Allah – yang memberikannya kebijaksanaan, pemahaman, wawasan, dan cahaya. Hukum-Nya menjauhkannya daripada jalan yang salah dan daripada orang yang berbuat jahat.

Apakah maksudnya?

Petikan hari ini menggambarkan banyak faedah mengasihi dan mentaati Firman Allah. Memiliki Kitab Suci sebagai sumber utama hidupnya telah memberikan pemazmur ini kelebihan daripada musuh, guru, dan penatuanya. Pengetahuan mereka yang luas tidak sama dengan wawasan; tidak juga umur atau kepintaran duniawi mereka sama dengan kebijaksanaan atau keupayaan untuk memahami bagaimana Allah sedang bekerja di dunia ini. Allah tidaklah menyatakan segala hal yang penulis ini perlu ketahui, tetapi pengajian hukum dan perintah Allah secara tetap memberikannya cahaya yang mencukupi untuk jalan di hadapannya. Ini menunjukkan betul dan salah dengan jelas dan menghilangkan ketakutannya. Ia menjangka untuk berjalan bersama dengan Tuhan sehingga akhir hayatnya, jalan yang diterangi langkah demi langkah.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Apakah sumber yang menjadi pergantungan anda? Adakah anda bergantung pada pendidikan untuk menentukan haluan hidup anda? Mungkin anda bergantung pada nasihat ibu bapa atau adik-beradik yang lebih tua untuk menolong anda membuat keputusan. Pendidikan dan pengalaman yang praktikal adalah penting tetapi tidak menjamin wawasan atau pemahaman untuk membuat keputusan yang bijak. Alkitab merupakan satu-satunya sumber hidup yang boleh dipercayai dan tidak pernah salah. Semasa anda mematuhi Firman-Nya dalam satu lingkungan, Allah akan menerangi minda anda dengan lebih banyak wawasan dan pemahaman untuk memimpin anda (Yohanes 7:17). Dalam situasi atau hubungan yang manakah anda memerlukan kebijaksanaan Allah? Carilah Firman-Nya hari ini – Dia akan memberikan anda pemahaman untuk membezakan antara betul dan salah dan mencerap antara hal yang baik dan terbaik.

Hari 89Hari 91

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org