Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Daud mencari wajah Allah, memohon agar Dia tidak berdiam lagi, dan menunggu. Ia tidak takut kerana ia mempercayai Allah sebagai cahaya, keselamatan, perisai, dan kubunya.
Apakah maksudnya?
Daud menghabiskan beberapa tahun dengan nyawanya dalam bahaya kerana banyak musuh, termasuk keluarganya. Ketakutan hidup menghadapi bahaya yang berterusan pastinya melemahkan badannya. Apabila kehidupan kelihatan seperti malam yang tidak berhujung, Daud mencari wajah dan suara Bapa syurgawinya. Allah melesapkan ketakutan Daud dengan menerangi kegelapan dan memberikan Daud kekuatan untuk menunggu. Walau di mana pun ia bersembunyi, keselamatan dan keyakinan Daud ialah dalam hadirat Tuhan, Batu Pejalnya, dan kubunya.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Kanak-kanak yang takut kegelapan merasai kesenangan hati di tengah-tengah malam dengan berlari ke katil ibu bapa mereka. Biasanya wajah dan suara orang yang paling mengasihi mereka akan menghapuskan ketakutan mereka. Apakah yang menakutkan anda? Anda berlari kepada siapa bila kegelapan kelihatan tidak berhujung? Kehadiran Allah Bapa cumalah sejauh satu bisikan. Suara-Nya dapat didengar dengan jelas di halaman Alkitab, dan kehadiran-Nya yang menyenangkan hati dapat disedari semasa anda berdoa. Allah akan menjadi cahaya, perisai, pertolongan, dan kubu anda walau apa pun situasi yang dihadapi sekarang ini. Adakah anda akan berbalik kepada Dia dengan ketakutan anda sekarang ini?
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More