Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Daud tetap mempercayai Tuhan dan berharap pada-Nya apabila masalah dan musuhnya bertambah.
Apakah maksudnya?
Peristiwa suram yang membuat Daud menulis setiap mazmur ini ialah pengkhianatan anaknya Absalom (Mzm 25) dan kebuluran atau bencana (Mzm 26). Permohonan Daud kepada Allah dan kesimpulan yang dibuatnya tentang masalahnya mendedahkan hidup yang jujur, iman dan Tuhan yang penyayang serta setia. Walaupun ia tidak meminta justifikasi daripada Allah, sebahagian besar daripada doa ini tertumpu pada keinginan Daud untuk kekal suci di hadapan Tuhan sementara menantikan Dia untuk bertindak. Ia boleh memuji Tuhan secara terbuka dan berdiri di atas tanah yang padat meskipun keadaannya kerana ia telah meminta Allah, "Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, nyatakanlah apa yang harus aku lakukan. Ajarlah aku supaya aku hidup menurut kehendak-Mu.”
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Bagaimanakah anda berdoa apabila masalah melanda hidup anda kerana orang lain telah berdosa? Bagaimana pula bila alam semula jadi menyebabkan kesukaran yang tidak terkawal? Semasa cabaran timbul pada minggu ini, berdoalah dahulu tentang respons peribadi anda terhadap isu itu. Mintalah Allah untuk menunjukkan kehendak-Nya, mengajar anda apa yang harus dilakukan, dan memimpin anda dalam kebenaran – sebelum anda menumpukan tenaga dan emosi anda pada orang atau masalah itu. Realiti hidup bermaksud biasanya cabaran lain sedang menunggu di ufuk sebaik sahaja isu semasa kita diselesaikan. Perkara yang tetap tidak berubah ialah keperluan kita akan pimpinan dan arahan Allah. Pada minggu ini, apakah yang akan didedahkan oleh doa anda tentang hidup anda, iman anda, dan Tuhan anda?
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More