Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Pujilah nama Tuhan yang mulia dan sembahlah Dia dalam keindahan kesucian. Dia memerintah sebagai Raja selama-lamanya, memberikan umat-Nya kekuatan dan kedamaian.
Apakah maksudnya?
Daud pastinya menulis mazmur ini selepas melihat ribut petir yang membadai di laut. Guruh dan kilat menunjukkan keagungan Allah, menyebabkan Daud untuk berhenti dan menyembah Pencipta di tengah-tengah kemusnahan ribut. Ia rasa kagum apabila angin dan hujan mereda. Allah sama yang memerintah banjir besar pada zaman Nuh telah mencipta ribut ini. Daud mengalami ketenangan di tengah-tengah ribut hidupnya dan menemui kekuatan untuk melayan Allah yang memerintah segala sesuatu.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Kita diberikan banyak sebab untuk memuji dan menyembah Allah sepanjang hari. Kuasa dan keagungan-Nya nyata dalam banyak aspek ciptaan-Nya, memberikan kita gambaran bagaimana Dia bekerja dalam hidup sehari-hari kita – seperti yang dilihat oleh Daud dalam ribut itu. Apakah pandangan akan ciptaan Allah yang anda miliki terhadap rumah, pejabat, atau sekolah anda sekarang ini? Apakah aspek sifat-Nya yang mengingatkan anda untuk memuji Dia? Kita menemui penghiburan, kekuatan, dan kedamaian dengan kesedaran bahawa kita melayani Allah yang telah mencipta dan memerintah ketakjuban dunia semula jadi ini. Bagaimanakah anda akan menyembah Raja hari ini?
Kitab
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Benih: Apa dan Mengapa

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Bangkitlah dan Bersinarlah

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Dimeterai - Bahagian 1

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
