Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Daud berseru kepada Allah untuk pimpinan dan belas kasihan sementara memuji kebaikan Allah dan kasih-Nya yang berterusan.
Apakah maksudnya?
Mazmur ini berbolak-balik antara ungkapan kesedihan dan pujian Daud. Sebab keseksaannya berbeza-beza daripada penyakit, konspirasi menentang hidupnya, dan pengkhianatan kawannya. Kepelbagaian punca kebimbangan dalam banyak lingkungan hidup telah menghujani Daud dengan emosi. Walau bagaimanapun, kepercayaan Daud terhadap Tuhan membayangi kekhuatiran sementara hidupnya. Apabila Daud menyerahkan perasaannya kepada Allah yang setia, ia dipenuhi harapan lagi.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Pada suatu ketika, anda mungkin menggunakan ungkapan, "Sudah jatuh ditimpa tangga," untuk menggambarkan pelbagai sebab tekanan dan kesedihan dalam hidup anda. Apabila cabaran demi cabaran melanda anda, emosi anda akan menegang, dan cepat baran. Sementara Allah telah mencipta kita untuk beremosi, Dia tidak memaksudkan untuk membenarkan emosi untuk mengawal kita. Apakah perasaan yang anda perlu serahkan kepada Tuhan sekarang ini – kebimbangan, kemarahan, ketakutan, kecemburuan? Mempercayai Tuhan untuk menolong anda dalam setiap situasi akan menurunkan anda daripada roller coaster emosi dan memakukan anda pada harapan.
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More