Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 29 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Orang yang jahat tidak takut Allah, mereka tidak membenci dosa sendiri dan tidak menyangkal hal yang salah. Kasih Allah yang berterusan memberikan perlindungan kepada orang yang tulus hati dan mengenali Dia.

Apakah maksudnya?

Petikan hari ini membezakan antara orang yang mengenali Allah dengan orang yang menolak Dia. Orang yang digambarkan sebagai "jahat" menerima sifat manusianya dengan bangga. Memandangkan ia tidak mengakui Allah atau hukum-Nya, satu-satunya standard tingkah lakunya ialah fikirannya dan keinginannya, yang berdosa. Pendeknya – tiada betul atau salah dalam fikirannya. Sebaliknya, Daud menggambarkan seorang lagi sebagai "tulus hati," yang fikiran dan tindakannya tertakluk pada kewibawaan Allah. Orang ini menerima sifat Allah, berpaut pada kasih dan kesetiaan-Nya untuk hidupnya.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Pandangan anda tentang Allah menentukan fikiran dan kelakuan anda. Fikirlah bagaimana reaksi anda terhadap peristiwa hari ini mungkin berbeza jika fikiran pertama anda ialah sifat Allah yang tidak berubah. Adakah orang lain pernah berlaku tidak adil terhadap anda? Ingatlah bahawa Allah akan menuntut keadilan. Lihatlah kekecewaan baru-baru ini melalui pengetahuan bahawa Dia sentiasa setia, meskipun anda tidak melihatnya lagi. Jika anda bergelut dengan tabiat yang berdosa – pandanglah kasih-Nya yang berterusan untuk menemui pengampunan. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menolak kewibawaan Allah terhadap setiap fikiran dan kelakuan, anda kehilangan keselamatan dan peruntukan yang ditawarkan oleh Dia. Apakah yang akan anda terima hari ini – sifat berdosa anda atau Tuhan yang benar?

Hari 28Hari 30

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org