Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Banyak orang mempercayai Tuhan semasa Daud menyatakan ketakjuban, kasih, dan kebenaran Tuhan – harapan, pertolongan, dan penyelamatnya.
Apakah maksudnya?
Kedua-dua mazmur ini berkemungkinan ditulis semasa pemberontakan Absalom sementara Daud mengalami kesan fizikal akibat penghakiman Allah terhadap dosanya dengan Batsyeba. Daud rasa keadaan tidak mungkin menjadi lebih teruk lagi. Daripada menahan diri supaya tidak merungut, Daud cuba berdiam sahaja untuk memastikan ia tidak membuat kesilapan dan berdosa. Percubaan salahnya untuk berdiam gagal semasa ia meluahkan emosi, soalan dan pengakuannya kepada Tuhan. Keamatan itu membuat Daud amat bersyukur kerana apa yang telah dilakukan oleh Allah baginya pada masa lalu, menimbulkan kesedaran yang baru tentang tujuan penyembahan. Ia yakin bahawa orang lain juga akan mempercayai Tuhan apabila ia bercakap secara terbuka tentang kasih dan belas kasihan Allah. Allah yang telah menolongnya pada masa lalu ialah Allah yang membenarkan situasi semasanya. Semua harapan Daud untuk penyelamatan terletak dalam Dia.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Terlalu kerap kita berdiam tentang hal yang betul-betul penting. Rungutan dan emosi negatif dicurahkan seperti pili bomba yang rosak, sementara pujian yang sejati terhadap Tuhan dipendamkan. Jika kita berterus terang tentang sebab ini berlaku, kita perlu mengakui bahawa kita lebih tertumpu pada segala sesuatu yang tidak kena daripada menumpukan perhatian pada kasih dan belas kasihan Allah. Apakah yang membuat anda lantang bersuara pada minggu ini? Adakah kata-kata anda mendekatkan orang lain kepada Kristus, ataupun adakah kata-kata anda dianggap berdosa? Jangan tunggu sehingga situasi semasa anda untuk bertambah baik untuk memuji dan menyembah Tuhan secara terbuka. Mengingati apa yang telah dilakukan oleh Dia pada masa lalu akan memperbaik pandangan anda tentang apa yang dapat dilakukan oleh Dia sekarang ini.
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More