Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 30 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Jangan takut apabila orang yang jahat berjaya, tetapi berbuat baik. Percayalah dan bersukacita dalam Tuhan. Bertenang dan serahkan jalan hidup anda kepada-Nya, menunggu dengan sabar kerana Dia memelihara orang yang benar.

Apakah maksudnya?

Daud berkongsi kebijaksanaan orang tua yang telah memerhatikan orang yang jahat dan salih. Tidak seperti kitab Ayub, mazmur ini tidak menangani, "Mengapakah Allah membenarkan kewujudan kejahatan?" Sebaliknya, Daud menumpukan perhatian pada satu-satunya perkara yang dapat dikawal oleh orang yang benar – respons mereka terhadap kejahatan yang berterusan di dunia ini. Anak Allah yang percaya menemukan kenikmatan dalam apa yang menyenangkan hati Dia, yang menyebabkan keinginan peribadi untuk menjadi selaras dengan kehendak Tuhan. Orang yang benar tidak perlu membuat rancangan jahat untuk memperoleh keselamatan; mereka boleh hidup dengan apa yang diberikan oleh Allah, menyedari bahawa Dia akan menjaga setiap keperluan mereka. Akhirnya masa akan berakhir untuk orang yang jahat. Suatu hari nanti Allah akan menyelesaikan kira-kira. Orang jahat akan dihapuskan sepenuhnya daripada hadirat-Nya, tetapi orang yang salih akan mengalami perkenanan Tuhan dan berkat untuk selama-lamanya.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Memang menawarkan hati untuk melihat kejahatan diamalkan sementara moral kebangsaan kita terus merosot. Allah memanggil umat-Nya untuk bertindak, tetapi langkah pertama adalah lebih peribadi daripada petisyen atau surat kepada anggota Kongres. Lihat semula Mazmur 37; bulatkan atau tandakan kata kerja yang digunakan oleh Daud: percayalah, carilah kebahagiaan, serahkanlah, nantikanlah, lakukanlah yang baik, berharaplah, dan taatilah perintah-Nya (BM). Juga, perhatikan apa yang kita harus lakukan: jangan geram, jangan marah, dan tinggalkanlah yang jahat. Antara yang tersebut, manakah ialah kekuatan anda, dan lingkungan yang manakah ialah kelemahan anda? Sebelum anda bergembar-gembur di media sosial tentang hal yang tidak kena di dunia ini, mintalah Allah untuk menyedarkan anda tentang lingkungan yang anda tidak mempercayai-Nya secara peribadi atau bersukacita dalam Dia. Bagaimanakah anda akan menunjukkan komitmen sepenuh hati anda terhadap Firman Allah hari ini?

Hari 29Hari 31

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org