Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Penulis ini mengenang kembali bagaimana Allah memakmurkan nenek moyang mereka dan merintih kerana Dia tidak lagi menyertai tentera mereka, meskipun mereka tidak lupa akan nama-Nya.
Apakah maksudnya?
Mazmur ini digunakan semasa penyembahan bersama untuk bersedih atas kekalahan di tangan musuh. Umat Allah dirampok walaupun mereka menyembah nama Tuhan bukannya allah yang lain. Dakwaan kesetiaan mereka terhadap Allah menandakan bahawa mazmur ini mungkin ditulis semasa pemerintahan Raja Hizkia. Meskipun pahala asing dihapuskan daripada Yehuda dan penyembahan Allah maha kuasa dikembalikan di seluruh negeri, ia melihat tentera Asyur menjarah kerajaannya tanpa ditahan-tahan. Keazaman pemazmur untuk tetap setia terhadap Tuhan hanya disaingi oleh keberanian permohonannya agar Allah bangun, bangkit, dan menolong mereka – rayuan berdasarkan kasih-Nya yang berterusan terhadap umat-Nya semata-mata.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Kemenangan ke atas dosa yang mencengkam hidup anda adalah membebaskan. Walau bagaimanapun, kemenangan rohani tidak harus membuat kita rasa berhak di hadapan Allah. Kita menjangkakan berkat-Nya yang sempurna, seperti kanak-kanak yang menerima anugerah kerana mematuhi arahan cikgu. Adakah anda berazam untuk mempercayai Tuhan, walau apa pun yang dibenarkan oleh-Nya dalam hidup anda, ataupun adakah ketaatan anda berkait secara langsung kepada berkat-Nya? Berdoalah dengan berani tentang kesukaran yang sedang dihadapi, kemudian berazam untuk berharap kepada Allah sahaja (Ayub 13:15) dengan iman yang ternyata tulen (1 Ptr 1:6-7).
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More