Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Allah menegur orang yang jahat di Israel yang mempersembahkan korban dan membaca hukum-Nya tetapi membenci pengajaran-Nya. Allah akan menyuruh syurga dan bumi untuk menghakimi umat-Nya.
Apakah maksudnya?
Ini merupakan mazmur yang pertama antara 12 mazmur yang dikaitkan dengan Asaf, seorang ketua ahli muzik Raja Daud. Kata-kata Asaf menggambarkan mahkamah di mana Allah ialah penuduh, saksi, hakim, dan juri. Tuduhan itu bersifat dua lipat: penyembahan yang kosong diikuti oleh kehidupan munafik. Sesetengah orang yang berkumpul untuk menyembah mengucapkan semua perkara yang betul, namun kehidupan mereka langsung tidak menyokong apa yang diucapkan tentang kepercayaan mereka. Mereka mendekati Allah seolah-olah Dia memerlukan korban mereka bukannya dengan ikhlasnya melihat keperluan mereka untuk pengampunan-Nya terhadap dosa mereka. Petikan ini juga bersifat nubuatan. Petikan ini berbicara tentang pengadilan Allah ke atas bangsa Israel pada akhir kesengsaraan besar. Sehingga waktu itu, umat pilihan Allah hidup pada zaman kasih kurnia – keselamatan masih tersedia kepada semua orang yang ingin memuliakan Dia.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Petikan hari ini merupakan panggilan untuk berhenti dan menyelidiki bagaimana menyembah Tuhan dan hidup melayani-Nya. Dua perkara itu memang berkaitan. Cara anda menyembah mempengaruhi cara hidup anda, dan cara hidup anda harus membesar-besarkan penyembahan anda. Apakah tuduhan yang boleh dilemparkan oleh Allah tentang aspek kehidupan anda ini? Adakah penyembahan anda terhadap Yesus menjadi rutin dan tidak ikhlas? Adakah anda menjadi angkuh, berfikir bahawa Allah memerlukan apa yang anda buat untuk-Nya daripada melihat bagaimana Dia menggunakan pelayanan anda untuk membentuk watak dan persandaran anda terhadap-Nya? Pada minggu ini, tumpukan perhatian pada kata-kata yang dinyanyikan semasa kebaktian penyembahan dan perbualan anda dalam kumpulan kecil anda. Pastikan anda menerapkan unsur tersebut semasa anda meninggalkan bangunan gereja dan ke padang misi kota anda. Penyembahan yang ikhlas membawa kepada keKristianan yang sejati.
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More