Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 36 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Pemazmur bernyanyi tentang kegemilangan dan keagungan raja serta kecantikan pengantinnya.

Apakah maksudnya?

Mazmur ini menggambarkan perkahwinan diraja seorang raja yang hebat dan salih. Walau pun kita tidak mengetahui bila mazmur ini ditulis atau siapa raja yang dirujuk itu, gambarannya menunjukkan Salomo atau Hizkia. Disebabkan ia mencintai perkara yang benar dan membenci perkara yang jahat, raja ini menyenangkan hati Allah dan diingati. Lebih hebat lagi, pemerintahannya dikaitkan dengan pemerintahan Yesus oleh penulis kitab Ibrani, yang memetik ayat daripada mazmur ini tentang keulungan Kristus (Ibr 1:8-9). Yohanes juga menggunakan petikan tentang Mesias ini dalam kitab Wahyu untuk menggambarkan kedatangan Kristus untuk jemaat-Nya. Sebagaimana pengantin perempuan mengenakan pakaian untuk menyenangkan hati pengantin lelakinya, jemaat harus dikenakan kebenaran bila Raja Yesus datang untuk pengantin-Nya (Why 19:6-8).

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Jemaat Yesus Kristus terdiri daripada semua orang sepanjang zaman yang mempercayai Dia untuk keselamatan daripada dosa mereka. Bagi kita yang hidup dan mengikut-Nya hari ini, sekarang ialah waktu persediaan sebagai pengantin Kristus. Keadaan jemaat seluruhnya bergantung pada setiap gereja tempatan, yang bergantung pada kehidupan setiap ahlinya yang taat. Jika Yesus datang semula hari ini, adakah anda berpakaian pakaian koyak-rabak atau kebenaran-Nya? Bagaimanakah anda membantu secara aktif untuk menyediakan gereja tempatan anda sebagai pengantin diraja Kristus? Berazamlah untuk tidak mensia-siakan sehari bersiap sedia sementara kita menantikan kepulangan-Nya.

Hari 35Hari 37

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org