Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Allah menolong Daud semasa ia berseru memohon pertolongan-Nya. Tangisannya bertukar menjadi tarian riang, dan kesedihannya diubah menjadi kegembiraan supaya ia boleh menyanyikan pujian dan bersyukur selama-lamanya.
Apakah maksudnya?
Nyatanya, Daud mengalami disiplin Allah dalam bentuk penyakit jasmani, mungkin selepas dosanya membanci penduduk (1 Taw 21) – walaupun kita tidak pasti. Kesan diampunkan sangat bertentangan dengan membenarkan dosa untuk kekal dalam hidupnya; tangisan diubah menjadi kegembiraan, dan kesedihan diubah menjadi nyanyian pujian. Daud tidak dapat berdiam tentang belas kasihan dan kesetiaan Allah.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Terlalu banyak kali, kita terlepas peluang untuk bersaksi tentang kebaikan Allah kerana berbuat demikian bermaksud mendedahkan sesuatu tentang masa lalu kita yang menyakitkan atau memalukan. Berfikirlah tentang satu waktu kegelapan hidup anda semasa kesetiaan Allah adalah nyata. Barangkali perniagaan yang gagal, kehilangan anak, atau kegagalan moral. Bagaimanakah anda melihat Dia bekerja dalam keadaan anda dan hati anda? Memanglah baik untuk memuji Allah secara persendirian, tetapi ada kalanya Dia mahu kita untuk bercakap secara terbuka tentang kerja-Nya dalam hidup kita. Berhentilah sekarang ini dan memuji Allah kerana apa yang telah dilakukan-Nya bagi anda, kemudian carilah peluang untuk memberitahu seseorang tentang hal ini. Adakah anda akan berkata-kata hari ini?
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More