Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 26 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Orang yang mempercayai Allah mempunyai sebab untuk bersukacita kerana Firman-Nya adalah benar, Dia setia dalam segala sesuatu yang dilakukan-Nya, tujuan-Nya digenapi, dan bumi dipenuhi kasih-Nya yang berterusan.

Apakah maksudnya?

Sentiasa ada sebab untuk memuji Tuhan, bermula dengan kenyataan bahawa Dia berfirman, dan dunia ini serta segala sesuatu dalamnya tercipta. Pertimbangkan juga Pencipta Syurga dan Bumi telah menyatakan fikiran-Nya kepada ciptaan-Nya melalui Firman-Nya – Alkitab. Kitab Suci menyatakan kebenaran, keadilan, belas kasihan, dan kesetiaan Allah dari mula-mula lagi. Tujuan Tuhan untuk masa depan adalah sepasti sejarah; tiada manusia boleh menghentikan rancangan-Nya. Orang yang mempercayai Allah dan berharap pada apa yang tertulis dalam Firman-Nya boleh bersukacita, sementara menantikan penggenapan rancangan-Nya.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Dikatakan bahawa muzik ialah bahasa universal; muzik berkuasa membuka emosi dan membenarkan pengungkapan peribadi. Walau bagaimanapun, pilihan muzik berbeza-beza meskipun dalam gereja. Kita mungkin tertumpu pada gaya lagu yang dipilih sehinggakan terlepas sebab menyanyi. Sifat, tindakan dan tujuan Allah merupakan sebab kita perlu memuji, sama ada melalui him dahulu ataupun lagu pujian yang baru digubah. Tumpukan perhatian pada kata-kata setiap lagu yang anda nyanyikan pada hari Ahad ini – lagu tersebut dipenuhi kebenaran daripada Firman Allah. Jika anda tidak biasa bernyanyi di khalayak ramai, tumpukan perhatian untuk membisikkan kata-kata itu kepada Allah sebagai persembahan pujian. Bagaimana kita mungkin berdiam bila kita mempunyai begitu banyak sebab untuk memuji Dia?

Hari 25Hari 27

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org