Mazmur Daud. Ya TUHAN, pembelaku, aku berseru kepada-Mu. Dengarlah teriakanku! Jika Engkau tidak mengabulkan doaku, aku seperti orang yang masuk ke lubang kubur. Dengarkanlah aku ketika aku berseru meminta pertolongan, aku mengangkat tanganku ke arah Rumah-Mu yang suci. Janganlah hukum aku bersama dengan orang durjana, bersama-sama orang yang melakukan kejahatan - orang yang bermulut manis, tetapi hati diliputi kebencian. Hukumlah mereka kerana perbuatan mereka, kerana segala kejahatan yang telah dilakukan mereka. Hukumlah mereka kerana segala perbuatan mereka; balaslah mereka dengan sepatutnya. Mereka tidak mempedulikan perbuatan TUHAN, mahupun segala ciptaan-Nya; oleh itu TUHAN akan menghukum mereka dan memusnahkan mereka selama-lamanya. Pujilah TUHAN; Dia telah mendengar permohonanku. TUHAN melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran. TUHAN melindungi umat-Nya; Dia membela dan menyelamatkan raja pilihan-Nya. Ya TUHAN, selamatkanlah umat-Mu, dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu. Jadilah seperti gembala bagi mereka, dan jagalah mereka selama-lamanya.
Baca MAZMUR 28
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 28:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video