Sukacita yang MenggoncangkanSampel
Kekhuatiran atau ketakutan boleh diertikan sebagai kurang percaya akan Allah yang mencintai anda tanpa syarat dan yang membuat segala sesuatu untuk kebaikan anda. Apabila ada dipenuhi dengan kekhuatiran, anda sedang percaya kepada kebohongan bahawa masalah-masalah anda lebih besar dari yang boleh diselesaikan oleh Allah. Apabila anda dipenuhi dengan ketakutan, anda sedang membuat andaian yang salah bahawa dosa anda sangat besar bahkan sukar untuk diampuni Allah. Apabila anda berhadapan dengan kegelisahan, anda dengan sedih dan keliru telah meyakinkan diri anda bahawa hidup anda berada di luar kawalan dan melebihi kuasa Allah untuk mengatur hidup anda.
Jika anda merupakan orang yang sentiasa terdorong untuk khuatir, anda tidak mungkin akan mengalami sukacita yang ditakdirkan untuk anda. Khuatir dan sukacita adalah saling bertentangan. Kekhuatiran, secara originalnya, adalah keadaan ateisme yang menyedihkan. Bagaimanakah seseorang mengatasi kekhuatiran, ketakutan dan kegelisahan?
Alkitab memberitahu kita bahawa damai dihasilkan daripada kepercayaan kepada Allah. Bolehkah anda percaya kepadaNya? Adakah anda akan percaya kepadaNya hari ini? Adakah anda akan menyatakan, secara kuat, "Yesus, saya percaya Engkau dengan sepenuh hati saya! Saya percaya bahawa tiada yang mustahil bagiMu dan Engkau mempunyai rencana yang baik untuk kehidupan saya!"
Apabila anda mencampurkan fikiran dan jiwa anda dengan Firman Allah, anda akan bebas daripada ketakutan akan kejahatan. Apabila anda mengaku Siapa Allah dan apa yang Dia boleh selesaikan dalam kehidupan anda, pada waktu itulah kegelisahan, kekhuatiran dan ketakutan akan hilang dengan ajaibnya. Dan apa yang akan ditinggalkan di tempat emosi yang dasyat itu? Anda akan mendapati diri anda sebagai penerima sukacita yang diberkati!

Perihal Pelan
Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com