Sukacita yang MenggoncangkanSampel
![A Jolt of Joy](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F228%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Jangan pernah pandang rendah tentang pentingnya hidup secara benar dalam tekad anda untuk menjadi Kristian yang penuh dengan sukacita. Jika anda fikir anda boleh hidup secara kompromi dan pentingkan diri sendiri dan masih menerima manfaat daripada sukacita syurga, fikirkan sekali lagi!
Alkitab, dari Kejadian sehingga Wahyu, dipenuhi dengan pendapat Allah tentang kepentingan hidup secara benar. Saya bukan berkata tentang legalisme atau perhambaan! Kebenaran merupakan idea Allah kepada kebebasan dan kehidupan yang terbaik.
Kebenaran adalah menjalani hidup anda dalam penyerahan kepada jalan Allah. Ini mungkin bermakna menyingkirkan kehidupan berkompromi anda atau keputusan yang kurang penting. Ini mungkin bermakna mengubah cara anda bercakap atau bagaimana anda menghabiskan masa anda.
Hari ini, fikirkan masak-masak tentang kehidupan anda dan minta Allah untuk menunjukkan apa-apa dalam kehidupan anda yang perlu diubah. Jika anda berfikir bahawa anda tidak dapat bersabar dengan pasangan anda sejak kebelakangan ini, jangan
meremehkan fikiran tersebut. Ianya mungkin dari Allah dan Dia sedang menunjukkan bahagian hidup anda yang perlu diubah.
Mungkin, selepas meminta Allah untuk menunjukkan bahagian hidup anda yang perlu diubah, anda mungkin tertanya-tanya jika anda membelanjakan banyak wang akhir-akhir ini. Atau anda mungkin tertanya-tanya jika anda membuang masa terlalu banyak pada komputer. Jangan buang fikiran-fikiran tersebut. Ianya mungkin Allah yang membantu anda untuk membersihkan kehidupan anda agar anda dapat hidup dalam sukacita pada hari ini!

Perihal Pelan
![A Jolt of Joy](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F228%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com