Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 30 DARIPADA 31

Bagi mereka yang benar-benar berjuang dengan depresi harian dan hidup dalam sebahagian besar kehidupan mereka dalam keputusasaan, adalah penting untuk memahami hubungan antara sukacita dan kesyukuran. Jika anda merupakan orang yang bersyukur, sukacita tidak akan berada jauh dari anda. Jika anda seorang yang mempunyai sukacita, saya boleh jamin bahawa anda mengingat dan menyedari berkat-berkat anda setiap hari.

Kesyukuran adalah kata laluan yang membuka pintu kehadiranNya kepada umatNya. Dan, apabila anda masuk dalam kehadiranNya, anda tahu bahawa di sana anda akan mendapati: SUKACITA!

Jika hari ini anda sedang berjuang dengan kesedihan atau kekecewaan dalam hidup, senaraikan perkara yang membuat anda rasa bersyukur. Jangan berhenti pada nombor ke 5 atau 10 ... jadikan kesyukuran anda berlimpah dan senaraikan dalam 20 ... atau 50 ... atau 100 perkara yang membuat anda rasa bersyukur.

Saya percaya bahawa bagi seorang Kristian, kesyukuran tidak sepatutnya disimpan untuk hanya sehari setahun atau hanya satu musim. Kesyukuran seharusnya menjadi gaya hidup harian yang sungguh-sungguh. Hati yang bersyukur adalah tempat pertumbuhan yang subur untuk benih sukacita bertumbuh dan berbunga dengan banyak.
Hari 29Hari 31

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com