Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 25 DARIPADA 31

Kata-kata Paulus dalam petikan kitab ini maju dengan cepat bagi kita yang hidup dalam Abad ke-21 ini dan mempunyai keinginan untuk hidup dalam kehidupan yang menggembirakan Tuhan. Kata-kata Paulus mengenai bagaimana untuk hidup penuh makna dan kuasa menembusi budaya kita dan mengurangkan pujukan yang membuat kita untuk percaya apa yang ada dalam televisyen dan yang dibaca di surat khabar dan majalah. Jika matlamat anda adalah untuk hidup penuh kuasa, anda akan mendengar dan mematuhi kata-kata yang lama ini yang juga masih dapat dipakai hari ini sama seperti 2 millenium yang lalu.

Titik seru kehidupan Kristian dinyatakan di awal petikan kitab ini, "Akhirnya, hendaklah kamu kuat di dalam Tuhan, di dalam kekuatan kuasaNya!" Paulus menyatakan bahawa bahagian yang sangat penting dari nasihat latihan yang akan dia berikan kepada mana-mana tentera adalah untuk kuat di dalam Tuhan!

Kehendak Allah untuk hidup anda adalah untuk menjadi seorang Kristian yang kuat yang tidak mudah untuk terombang-ambing oleh angin kehidupan atau oleh keadaan bergelora. Allah bahkan telah memungkinkan bagi anda untuk dipenuhi dengan kekuatanNya sendiri!

Ketika anda mengupah jurulatih peribadi, mereka boleh memberitahu anda apa yang perlu dilakukan dan bahkan merancang rutin senaman yang akan sesuai dengan jenis badan anda. Tetapi, apa yang mereka tidak boleh lakukan adalah untuk mengambil kekuatan mereka dan kekuatan otot mereka dan memindahkannya kepada anda. Hanya Allah yang boleh melakukannya!
Hari 24Hari 26

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami