Sukacita yang MenggoncangkanSampel
Adakah anda sedar bahawa membuat keputusan yang mudah untuk membaca Alkitab setiap hari adalah salah satu pilihan yang paling strategik ke arah sukacita? Alkitab jauh lebih berkuasa daripada sebarang jawapan manusia untuk penyakit emosional.
Alkitab bukan hanya sebuah buku. Ia adalah sumber dinamik dari kuasa syurga. Ramai orang yang mengatakan kepada saya bahawa mereka tidak memahami Alkitab ... dan saya memberitahu mereka jangan bimbang! Teruskan membaca! Kita tidak selalunya membaca Firman Allah untuk mendapatkan informasi tetapi kita selalu membacanya untuk transformasi! Saya jamin bahawa apa yang tidak difahami oleh fikiran anda, akan difahami oleh roh anda!
Kerana anda benar-benar mempunyai musuh ... dan dia benar-benar memahami kuasa yang diperoleh seorang Kristian setelah membaca Alkitab ... iblis akan melakukan apa sahaja dan semua yang boleh dia lakukan untuk memujuk anda untuk tidak membaca Firman Allah!
Disiplin tidak pernah mudah, dan sentiasa memerlukan fokus dan niat yang tinggi. Jangan membuat alasan mengapa anda tidak dapat membaca Alkitab kelmarin atau hari ini ... lakukanlah sahaja! Buat pilihan yang berkuasa untuk menghabiskan masa setiap hari di dalam Firman Allah, dan anda akan memperoleh sukacita yang cukup untuk dikongsikan kepada seluruh dunia!
Doa saya pada hari ini untuk anda adalah agar anda akan menyatakan dengan nabi Yeremia, "Firman-Mu itu menjadi kegirangan bagiku dan menjadi kesukaan hatiku!"

Perihal Pelan
Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com