Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 29 DARIPADA 31

Bukan sahaja sifat personaliti, sukacita sentiasa menjadi karunia dari kehadiranNya. Apabila anda meminta Yesus untuk datang ke dalam hati anda dan untuk menjadi Tuhan dalam kehidupan anda, sukacita syurga akan turun dan meliputi anda setiap hari. Sukacita adalah kehadiran yang terdorong dan bukannya dibeli atau dihantar sesuai dengan keadaan.

Anda boleh mendapat sukacita ketika hidup anda sedang musnah kerana Dia telah berjanji untuk tidak akan membiarkan ataupun meninggalkan anda. Sukacita tidak seharusnya datang dan pergi seperti wang atau cuaca! Sukacita adalah berterusan setiap masa kerana Dia juga berterusan dalam kehadiranNya.

Tiada apa yang dapat anda lakukan, tiada perkataan yang dapat anda sebutkan, yang akan menjauhkan anda daripada kehadiranNya. Tiada tempat yang dapat anda pergi yang akan menghalang anda untuk mengakui persahabatanNya dan keakrabanNya yang berterusan. Dia hadir di mana-mana dan itu termasuklah untuk mengetahui bahawa Dia selalu bersama dengan anda ... selalu berada di samping anda.

Tiada satu hari pun dalam hidup anda yang Dia tidak bersama dengan anda, menghibur anda dan menginginkan keakraban dengan anda. Sukacita adalah mengetahui bahawa Dia bersama dengan anda ... pada hari-hari baik mahupun buruk... pada masa kesyukuran mahupun masa putus asa. Sukacita dalam kehadiranNya menyelubungi anda dan melindungi anda. Berehatlah hari ini dan ketahuilah bahawa Dia baik dan Dia sentiasa bersama dengan anda. Tiada sukacita yang lebih besar daripada itu!
Hari 28Hari 30

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com