Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 24 DARIPADA 31

Suatu hari, semasa kolej, saya mempunyai temu janji yang menakutkan dengan rektor universiti Kristian yang saya hadiri. Saya telah meminta untuk menukar major saya yang agak lambat dalam kerjaya kolej saya, dan seorang lelaki hebat ini mahu memastikan bahawa saya tahu kesan yang mungkin terjadi kepada keupayaan saya untuk graduasi pada masanya. Setiausahanya menelefon saya di dalam bilik asrama saya dan memaklumkan hari dan masa untuk saya datang.

Ketika saya berjalan menuju ke tingkat enam bangunan akademik, mulut saya kering, saya berasa risau dan lutut saya bergegar. Apakah yang saya fikirkan?! Bagaimana mungkin saya menyangka untuk membuat keputusan bodoh sehingga dipanggil rektor untuk ke pejabat peribadinya?!

Ketika saya sampai ke area yang terasing dalam bangunan di mana lelaki hebat ini bekerja, setiausahanya membawa saya ke biliknya yang berprestij. Setiausahanya memaklumkan saya bahawa rektor tersebut akan masuk sebentar lagi dan saya diminta duduk.

Ketika saya melihat sekeliling bilik beliau hari itu, saya melihat sijil dan diploma daripada institusi pengajian tinggi yang sangat terkenal pada masa itu. Beliau telah mendapat banyak ijazah akademik dalam kehidupan tunggalnya dari apa yang pernah difikirkan oleh seluruh keluarga saya untuk mendapatkannya, termasuklah makcik, pakcik dan sepupu!

Tetapi bingkai gambar yang menarik hati saya bukanlah diploma atau sijil. Ia bukanlah gambar beliau berjabat tangan dengan negarawan atau ilmuan. Gambar yang membuatkan saya teruja adalah gambar Yesus ... dengan kepalaNya ke belakang dalam ketawa dan senyumanNya yang membuatkan orang lain tersenyum. Di bawah gambar tersebut tertulis satu petikan, "Allah bersorak-sorai karena engkau!"

Adakah anda sedar bahawa sukacita merupakan salah satu sifat agung Allah sendiri? Sukacita adalah bahagian utama dalam karakter Allah. Ada kegembiraan yang mendalam dalam semua yang Dia lakukan dan semangat asli dalam semua yang Dia jalankan.

Apakah yang menyebabkan Allah dipenuhi dengan sukacita? Jawapannya akan membuat anda rendah diri ... anda lah yang memenuhi Allah semesta alam dengan sukacita! Allah bersukacita disebabkan anda seperti mana pengantin lelaki bersukacita atas pengantin perempuan yang dicintainya.

Allah sangat gembira untuk memiliki hubungan dengan anda dan Dia bersorak-sorai untuk anda!
Hari 23Hari 25

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com