Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 23 DARIPADA 31

Paulus, ahli teologi dan penginjil yang terhebat sepanjang masa, sekali lagi berada dalam kesusahan! Dia telah ditangkap mengabarkan Firman Allah di tempat yang salah pada waktu yang salah. Namun, sebelum dia dipenjara, Raja Agripa sendiri telah memutuskan untuk mendengar cerita Paulus. Agripa dibawa ke auditorium dengan segala kebesaran dan duduk di antara ahli politik yang terkemuka pada masa itu.

Ketika orang banyak menjadi diam di hadapan kerabat raja duniawi, Raja Agripa yang dikenali sebagai pemerintah yang berkuasa dan banyak permintaan, melihat cara Paulus dan membenarkannya untuk membela dirinya.

Bagaimana respon anda terhadap situasi ini? Secara jujurnya, saya akan berasa sangat panik! Kebanyakkan daripada kita mungkin tertanya-tanya di manakah Allah pada waktu itu! "Sungguh Allah?! Saya telah memberitakan Injil untuk NamaMu dan kini saya harus membela diri saya di depan lelaki yang paling berkuasa?!"

Saya tahu bahawa saya akan merayu kepada Allah agar tidak membiarkan saya muntah atau pengsan di hadapan lelaki ini yang mungkin akan membunuh atau menghukum saya ke penjara Roma dengan anggukkan kepala autoritariannya.

Paulus dengan tenang menghulurkan tangannya ke arah Agripa dan memulakan salah satu pembelaan yang paling fasih dengan kata-kata tulus, "Ya raja Agripa, aku merasa berbahagia, karena pada hari ini aku diperkenankan untuk memberi pertanggungan jawab di hadapanmu terhadap segala tuduhan yang diajukan orang-orang Yahudi terhadap diriku."- Kis 26:2

Paulus berani menyatakan "Aku merasa berbahagia ..." di hadapan orang-orang yang paling penting di zamannya. Lain kali apabila anda berada dalam masalah, adakah anda akan merasa bahagia?

Lain kali anda tidak mendapat seperti mana yang anda kehendaki, apa kata fikirkan yang anda bahagia?

Apabila hidup anda hampir musnah, kenapa tidak mencuba, seperti mana yang Paulus lakukan, untuk berfikir bahawa anda bahagia?

Kita boleh mengubah cara pemikiran kita kerana kita mengenali Yesus Kristus. Kita boleh mengubah cara fikiran kita memproses keadaan kita kerana kita tahu bahawa Allah maha Pencipta akan selalu mempunyai cara yang terbaik! Saya mencabar anda ... untuk berfikir bahawa diri anda bahagia hari ini!
Hari 22Hari 24

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com