Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 22 DARIPADA 31

Adakah anda sudah bersedia untuk nasihat bimbingan yang terhebat dalam sejarah? Adakah anda sudah bersedia untuk pelan permainan yang akan memastikan keupayaan anda untuk berjalan di dalam kemenangan dan tidak lagi menjadi mangsa depresi atau kehilangan semangat? Jika ya ... maka renungan hari ini adalah untuk anda!

"Bersukacitalah senantiasa!" adalah perintah Perjanjian Baru yang bermaksud anda benar-benar tidak mempunyai pilihan lain! Strategi anda untuk kemenangan adalah untuk "Bersukacitalah senantiasa!"

Sukacita bukan sekadar hasil sampingan dari ketaatan kepada Allah. Sukacita ADALAH ketaatan kepada Allah!

Sukacita adalah tindakan ketaatan dan kita diperintah untuk bersukacita dalam Tuhan dan bergirang dalam kehadiranNya.

C. S. Lewis menyatakan seperti berikut, "Ia adalah satu kewajipan bagi semua orang Kristian untuk bersukacita!"

Matlamat hidup anda adalah untuk memuliakan Allah melalui kehidupan anda setiap hari. Matlamat hidup anda adalah untuk menghormati NamaNya dengan setiap pilihan yang anda lakukan, setiap perkataan yang anda ucapkan dan setiap pemikiran yang anda fikirkan. Anda menghormati Allah apabila anda memilih sukacita dalam kehadiranNya. Anda tidak memuliakanNya melalui rungutan, keluhan, kekecewaan atau tidak mengampuni.

Anda memuliakan Allah ketika anda memilih untuk menentang kepanasan api dengan sukacita! Anda perlu mengambil nasihat Roh Kudus dan menentukan bahawa anda benar-benar akan bersukacita pada masa lain hari ketika anda sedang mengalami masa sukar dalam penderitaan. Ayat-ayat ini dengan jelas mengajar kita agar kita tidak perlu takut akan nyala api siksaan ... tetapi apa yang dapat kita lakukan adalah untuk bersukacita!
Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com