Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 9 DARIPADA 27

Sesetengah tahun kita rasa tidak larat, bukan? Kebahagiaan Krismas yang kita "seharusnya" rasa pada musim ini. Kasih dan sukacita yang mengiringi hari Penyelamat kita menjadi manusia supaya Dia boleh menyertai kita di dunia ini. Sesetengah tahun kita rasa berat hati.

Keberatan yang kita lihat dalam berita melebihi kepeningan menghias pokok pain di bilik tamu.

Denyutan nadi hati kita yang remuk kerana kekeliruan yang mendalam, kehilangan dan pergelutan yang dibawa oleh COVID-19 adalah lebih kuat daripada lagu karol Krismas pembesar suara kita.

Gemaan saudara dan saudari kita yang berseru terdesak kerana ketidakadilan dunia mengalir lebih dalam di dalam urat kita berbanding nyanyian penyembahan kita.

Mazmur 3 seolah-olah ditulis pada zaman kita.

Perhatikan konteks mazmur Daud. Daud berseru kepada Allah di tengah-tengah ketakutan dan kesedihannya. Anak lelakinya, Absalom, mengetuai pemberontakan menentangnya, berusaha untuk menggulingkannya. Dapatkah anda bayangkan perasaannya anak anda sendiri ingin mencederakan anda seperti ini? 

Sepanjang mazmur ini, kita melihat kesedihan Daud yang melimpah. Daud ditenggelami banyak orang yang ingin menyerangnya. Walaupun demikian, ia enggan digoncang.

Tarik nafas panjang dan baca semula petikan ini. Perhatikan postur Daud semasa ia berseru kepada Allah.

Keyakinan Daud dalam pembebasan dan perlindungan Allah, meskipun segala sesuatu di sekelilingnya pecah berderai, mengajar kita sesuatu yang berbaloi diingati pada musim Krismas ini. 

Renungan:

  • Apakah yang anda perhatikan tentang perilaku Daud di tengah-tengah ketakutan dan kekeliruan? 
  • Apakah perkataan yang menarik perhatian anda? 
  • Bagaimanakah rupanya jika anda menetapkan postur hati dan kepala anda ke arah Allah semasa menghadapi kesukaran?

Bersama-sama, marilah kita mengangkat kepala kita kepada Raja kita yang Berkuasa, yang dilahirkan untuk membebaskan kita daripada rantai yang membelenggu kita.

Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV