Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 1 DARIPADA 27

Krismas akan tiba dan dengannya, beli-belah, senarai, pertemuan keluarga dan entah kenapa lebih banyak hiasan daripada yang disimpan tahun lepas dikeluarkan.

Kita mencari sela waktu pada kalendar kita untuk memasukkan satu lagi perayaan Krismas. Iklan di sekeliling kita menghebahkan bahawa kita memerlukan benda yang terbaik, terbesar, terbaru dan terhebat pada musim ini. Ini membuat kita tenggelam.

Tidak lama kemudian, kita menggelabah menanya: Di manakah Dia yang dilahirkan sebagai raja orang Yahudi?

Kita ingin melihat DIa. Kita berharap semua hiasan, beli-belah, materialisme dan desas-desus akan membawa kita ke palung itu. Namun, Krismas putih berkilat yang kita beli setiap tahun tidak mencerminkan peristiwa berjalin yang berlaku di kandang kuda pada Krismas yang pertama itu.

Memanglah mudah untuk lupa bahawa musim ini bertujuan menyembah Yesus seperti yang dilakukan oleh orang majus dengan bertekad dahulu. Meskipun politik, ketamakan, kekayaan material di sekeliling mereka, mereka memakukan mata mereka pada satu perkara: pergi menyembah Dia.

Apakah yang akan berlaku jika kita memulakan musim Adven ini dengan memakukan mata penyembahan pada Kristus? 

Bea, seorang remaja yang ditaja oleh Compassion dari Filipina, sudah melihat apa yang berlaku apabila ia meletakkan Yesus di tengah-tengah hidupnya, memakukan matanya pada Dia. Walaupun keluarganya bercerai-berai, dan bapanya dipenjarakan, ia berharapan:

“Yesus ialah gam yang menyatukan keluarga kami. Jika Allah tidak berada di tengah-tengah keluarga kami, dengan bapa kami di penjara, tak siapa tahu apa keadaan saya sekarang ini.” – Bea

Postur penyembah Bea, dengan matanya yang diangkat dan terpaku pada Kristus, ialah imej indah bagi cara kita harus memasuki musim ini. Terdapat banyak perkara yang merebut perhatian kita. Memanglah mudah teralih perhatian daripada Kristus, yang merupakan teras musim ini dan sebab kita memberi hadiah, mengadakan parti, dan berkumpul bersama dengan keluarga.

Dia patut menerima pujian dan perhatian kita. Marilah kita datang dan menyembah Dia.

Doa: 

Yesus, pada musim yang sibuk dan mengganggu ini, dengan keluarga yang harus ditemui dan makanan yang harus disediakan serta senarai yang harus dilengkapkan, tolonglah saya untuk memakukan mata penyembahan saya pada-Mu. Engkaulah teras musim ini. Kami datang untuk menyembah-Mu. 

Amin.

Hari 2

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV