Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 3 DARIPADA 27

Selidiki hati anda hari ini semasa anda memasuki musim Krismas. 

Musim ini mungkinlah waktu sukacita dan dukacita tahun lalu atau saat ini rasa ditinggikan. 

Anda mungkin mengalami kehilangan pada musim ini. Kehilangan orang yang dikasihi, kerja, atau gaya hidup. Anda mungkin berjaya mengatasi penyakit, ketagihan, atau mencapai matlamat yang telah lama diusahakan; barangkali ketidakpastian tentang masa hadapan, hubungan, atau pemindahan; mungkin harapan untuk hidup yang baru, kebebasan, atau idea yang baru; anda mungkin mengalami serba-sedikit daripada semua yang disebut itu. 

Walau apa pun, Yesus mengambil berat tentangnya. 

Petrus, dalam suratnya, memberitahu kita untuk menyerahkan semua kekhuatiran kita kepada Allah kerana Dia mengambil berat tentang kita. 

Pemazmur menjemput kita untuk menyerahkan kerunsingan kita kepada Tuhan dengan janji Dia akan memelihara kita. 

Apa yang anda pikul bukanlah sesuatu yang harus diketepikan semasa anda memakukan mata anda pada Yesus. Apa yang anda pikul itu ialah sesuatu yang harus dibawa kepada-Nya semasa anda menyembah.

Renungan:

  • Apakah yang anda pikul pada musim ini?
  • Bagaimanakah anda boleh membawanya semasa menyembah?
  • Bagaimanakah tindakan ini akan membentuk cara anda menyembah, dan bagaimanakah anda boleh membawanya kepada Yesus, membenarkan Dia untuk membentuk dan mengubahnya?

Semasa anda menyerahkan kekhuatiran anda dan membawanya kepada Tuhan kita yang penyayang, Dia akan menjaga anda dan memelihara anda.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV