Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel
Postur orang majus semasa mereka melawat Yesus bersifat fizikal dan rohani.
Mereka amat gembira, suatu postur hati yang amat diperlukan dalam dunia kita.
Mereka sujud dan menyembah. Mereka merupakan lelaki yang ulung, yang berpengetahuan dan kaya, tetapi bagi mereka, ada sesuatu tentang Yesus adalah lebih berkuasa daripada kuasa duniawi mereka. Mereka melihat bayi ini sebagai patut menerima pujian.
Mereka memberikan hadiah dan bukan sebarang hadiah. Alkitab menggambarkan hadiah mereka sebagai harta benda. Mereka memberikan yang terbaik kepada Yesus.
Mereka menumpukan perhatian pada pimpinan Allah. Mereka melindungi Yesus dengan mengambil jalan yang berbeza menjauhi Herodes. Mereka membenarkan Allah untuk memimpin mereka meskipun rancangan mereka terjejas.
Orang majus tersebut merupakan watak yang terkenal dalam cerita kelahiran Yesus. Namun, semasa kita menyelami cerita mereka, kita melihat bahawa pilihan dan tindakan mereka adalah agak radikal.
Baca petikan ini sekali lagi dan menandakan perkataan yang menonjol bagi anda, kemudian renungi soalan yang berikut:
- Apakah yang anda pelajari daripada cara Orang Majus yang menyembah Yesus?
- Apakah rupa penyembahan bagi anda?
- Bagaimanakah anda menunjukkan postur pemujaan di hadapan Allah?
- Adakah anda menumpukan perhatian pada cara Allah sedang memimpin anda? Adakah anda terbuka untuk mengambil haluan yang berbeza daripada rancangan anda?
Semasa anda mendekati palung untuk memuja Yesus pada musim ini seperti orang majus, moga-moga anda dipenuhi harapan dan sukacita.
Kitab
Perihal Pelan
Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.
More