Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 6 DARIPADA 27

Doa ialah misteri kepada banyak orang. 

Doa jugalah pergelutan banyak orang, terutamanya dalam dunia yang berjalan cepat dan tergesa-gesa. Masa untuk berbual dengan perlahan dengan Allah kelihatan sedikit, dan apabila kita meluangkan masa, hampir mustahil untuk menumpukan perhatian dengan arus fikiran yang tidak henti-henti. 

Cuba tenangkan fikiran anda sekarang ini. Berapa banyak perkara yang berdengung di latar belakang hidup anda?

Doa merupakan bahagian yang begitu penting dalam pembentukan rohani kita. 

Doa bukanlah tentang mengatakan perkara yang betul atau menggabungkan kata-kata yang indah. Doa adalah tentang melabur dalam hubungan kita dengan Allah dan membenarkannya untuk membentuk kita. 

Jika kita membenarkan doa untuk menjadi amalan yang tetap, doa akan mula membentuk kita menjadi orang yang kurang tergesa-gesa, orang yang lebih tertumpu, orang yang matanya terpaku pada Kristus.

Marilah berdoa.

Yesus, saya mengakui bahawa sering kali banyak perkara yang berlaku di sekeliling saya, mengganggu saya daripada hidup yang kelimpahan yang Engkau berikan kepada saya dan semua umat-Mu. Pada musim ini, pimpinlah saya kepada kesederhanaan rendah hati yang menandakan kelahiran-Mu, hari Natal yang pertama. Berikan saya mata untuk melihat cara saya boleh memudahkan hidup saya; supaya saya boleh memakukan mata saya dengan lebih sengaja pada Engkau dan semua yang Engkau sediakan untuk saya.

Yesus, saya inginkan postur orang majus. Saya mahu hati saya terbuka kepada-Mu. Saya mahu mengingati untuk menyembah-Mu kerana Engkau baik dan kerana Engkau datang untuk menyertai kita sebagai bayi manusia demi menunjukkan Kasih kepada kita. Saya ingin cuba sedaya-upaya demi-Mu, dan saya ingin membuka diri kepada jalan baru yang Engkau pimpin saya untuk lalui. 

Terima kasih kerana musim ini dan cara musim ini mengingatkan saya untuk memperlahankan diri dan memakukan mata saya pada-Mu, Yesus. 

Amin.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV