Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 11 DARIPADA 27

Ketika kita rasa takut atau terharu dengan dunia di sekeliling kita, reaksi sentak lutut kita cenderungnya berundur dan mengelakkan perkara yang menyebabkan luka itu. 

Kita semua ada sesuatu yang ditujui dahulu sebelum mendekati Kristus. Mungkin televisyen atau media sosial, makanan, atau kehendak hati yang lain. 

Perkara itu sendiri tidaklah buruk, tetapi apabila kita menggunakannya sebagai pembalut untuk menghiburkan kita, kita akan mendapati penghiburan itu bersifat sementara sahaja. Penghiburan itu hanyut seperti bot nelayan yang diikat pada kerakal. 

Pada waktu ini kita cenderung lupa bahawa Allah tidak berjauhan daripada kita. Sebenarnya, Dia mengharunginya bersama-sama kita. Dia menyertai kita dalam semua keadaan: kesakitan, luka, parut, kekeliruan, keraguan. 

Renungan:

  • Apakah tabiat yang telah anda pupuk yang menghalang anda daripada memandang Kristus semasa anda memerlukan penghiburan?
  • Ke manakah anda pergi semasa anda rasa terharu kerana luka anda atau keberatan dunia di sekeliling anda? 
  • Panduan apakah yang dapat anda tetapkan untuk membantu anda memupuk tabiat memandang Kristus untuk penghiburan bukannya penghiburan yang palsu pada musim Krismas ini?

Allah hadir dan bersedia untuk mengangkat kepala anda daripada penghiburan yang palsu di sekeliling anda dan ke arah harapan-Nya yang kekal. Pandanglah Dia hari ini!

Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV