Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 15 DARIPADA 27

Bolehkah kita bersikap realistik? Ada kalanya lebih mudah dan lebih menarik untuk berfikir tentang diri sendiri sahaja.

Tidak menyenangkan untuk diakui tetapi bila kita betul-betul jujur, kita melihat bahawa kita lebih rela menjaga kepentingan diri, melakukan apa yang kita ingini, dan mengatur hidup kita supaya paling menyenangkan kita.

Sungguh mudah untuk keluarga kita, keutamaan kita, dan rancangan kita untuk menjadi teras dunia kita.

Bukan fikiran yang mesra dan bahagia untuk renungan Adven, bukan?

Walau bagaimanapun, Krismas merupakan masa yang indah untuk menyelidik kerendahan hati dan penyerahan kita. Semasa kita berfikir tentang kelahiran Kristus, tindakan kerendahan hati dan penyerahan yang terbesar, kita dijemput untuk mengamalkan penetapan minda yang sama seperti Kristus. Kristus, yang merupakan Allah, memang seharusnya memerintah kita, sebaliknya Dia memilih kerendahan hati, perhambaan, dan kemanusiaan.

Paulus, penulis kitab Filipi, menumpukan perhatian pada contoh kerendahan hati Kristus. 

Dia kudus, tetapi memilih daging.

Dia mengalami persatuan yang sempurna dan intim dengan Tritunggal, tetapi Dia memilih keluarga duniawi.

Dia ialah Allah, tetapi Dia memilih untuk menyertai ciptaan yang berpecah-belah untuk menyertai kita dan memperbaharui segala sesuatu.

Memandangkan musim ini menggalakkan kita untuk bermurah hati, memanglah penting untuk merendahkan diri dengan membengkokkan lutut di hadapan Tuhan Yesus dan memasuki keremukan dunia untuk membawa harapan, penebusan, pemulihan, dan kasih. 

Kerendahan hati ini ialah sesuatu yang ditunjukkan secara indah dalam gereja yang ditanam di tengah-tengah kota yang menderita di Thailand, yang merupakan rakan Compassion. Kota Mae Sot merupakan kawasan yang cantik tetapi mempunyai rahsia yang menggerunkan. Di sini, banyak kanak-kanak menjadi hamba, bekerja dalam keadaan yang buruk bertentangan dengan kehendak mereka.

Walau bagaimanapun, gereja itu berpindah secara sengaja ke kota itu demi menjadi mata arah harapan. Kakitangannya bersemangat melindungi kanak-kanak dalam komuniti mereka. Mereka menawarkan program dan peluang untuk kanak-kanak dan remaja, menunjukkan mereka jalan yang menjauhi pengeksploitasian.

Penyerahan mereka yang bersifat lutut membengkok dan kelahiran seperti Kristus dalam komuniti mereka itulah yang mengilhami kita untuk mengamalkan postur yang sama semasa kita menghampiri Krismas.

Doa: 

Tuhan, saya mengaku bahawa kadang-kadang mementingkan diri adalah pilihan yang lebih senang, dan saya terlalu kerap membuat pilihan itu. Maafkan saya. Tolonglah saya untuk berserah. Saya ingin mendekati takhta-Mu, yang dahulunya palung yang hina, bertelut dengan kerendahan hati yang Engkau tunjukkan dalam kelahiran-Mu. 

Semoga penyerahan rendah hati itu membawa transformasi, bukan dalam hidup saya sahaja, malah dalam komuniti saya. 

Amin.

Hari 14Hari 16

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV