Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel
Pada hari terakhir minggu Adven yang kedua ini, luangkan masa dalam rutin pagi atau malam anda untuk bertenang, menyalakan lilin, dan membaca Mazmur ratapan seperti Mazmur 42 atau Mazmur 77.
Bawalah kesedihan, keraguan, dan ketakutan anda kepada Tuhan walaupun anda tidak dapat mengatakan apa-apa. Allah berjanji bahawa Roh Kudus-Nya akan menjadi perantara anda dengan erangan yang tidak dapat diutarakan dengan kata-kata (Roma 8:26).
Luangkan masa untuk mengangkat orang di sekeliling anda yang bersedih atau dibebani tahun yang berat. Terutamanya golongan yang dikesani peristiwa tahun ini.
Renungan:
- Apakah perkara praktikal yang anda dapat lakukan sebagai respons terhadap apa yang telah diajar oleh Allah kepada anda pada minggu ini?
- Siapakah yang boleh anda berkati dengan kata-kata dorongan, hadiah kecil, atau panggilan telefon untuk memberitahu mereka bahawa mereka tidak bersendirian pada musim Krismas ini?
Sekarang ini, pergi dan ambillah langkah taat untuk memancarkan cahaya anda dan menjadi dorongan kepada orang lain.
Perihal Pelan
Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.
More