Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel
Marilah, nyalakan lilin, berkumpul bersama dengan kawan, keluarga, dan orang yang dikasihi. Penuhi meja, bukalah langsir, dan biarlah cahaya bersinar masuk.
Raja kita sudah datang!
Allah telah menjadi manusia untuk hidup bersama dengan kita. Marilah kita meraikan kelahiran mulia Penyelamat kita yang indah, Yesus Kristus!
Marilah kita menyembah Dia bersama-sama.
Dengar: Hosanna oleh Josh Garrels
Doa:
Raja Yesus, kami memuja-Mu. Hidup-Mu memberikan kami hidup. Engkau telah memanggil kami untuk mendekati-Mu dan Engkau memanggil kami sahabat. Dalam-Mu, kami hidup, bergerak dan ada di dunia ini. Yesus, kerendahan hati kedatangan-Mu berbicara tentang cerita yang lebih hebat. Kedatangan-Mu menyatakan sifat Raja Engkau itu. Engkaulah Raja yang datang, bukan untuk memerintah dengan kekerasan, tetapi dengan menjadi hamba. Allah, melalui Anak-Mu, Engkau telah memberikan kami hidup dan hidup yang kelimpahan.
Kami tidak perlu mencari kepuasan dalam perkara yang akan berlalu lagi! Kami tidak perlu mengikat identiti kami kepada perkara yang akan lenyap. Dalam-Mu, Raja kami yang dilahirkan di palung, kami memiliki segala sesuatu yang diperlukan. Kami berdoa, Tuhan, semasa kami beralih kepada tahun yang baru, Engkau akan memajukan kami melalui Roh Kudus-Mu untuk hidup sebagaimana Engkau telah hidup di dunia ini.
Ajarlah kami untuk memakukan mata kami pada-Mu, walaupun kesibukan menarik perhatian kami.
Pimpinlah kami untuk mengangkat kepala kami kepada kebaikan-Mu dan kemuliaan-Mu apabila dunia di sekeliling kita memenuhi hati kami dengan keberatan.
Ingatkan kami untuk terus berlutut setiap hari semasa kami menempatkan-Mu di takhta-Mu yang sah, menyerahkan keinginan kami untuk menjadikan hidup kami tentang diri sendiri.
Ilhami kami untuk hidup dengan tangan terbuka, memberi secara rela kepada orang lain daripada kasih kurnia yang telah diberikan kepada kami.
Tolonglah kami untuk mendepangkan tangan dengan penuh sukacita untuk menerima kurnia hidup yang Engkau berikan kepada kami dan menyembah-Mu dengan seluruh hidup kami.
Semoga postur hidup kami sentiasa memajukan Kerajaan-Mu, Putera Damai kami. Pada tahun akan datang, moga-moga kami mengasihi-Mu dengan sepenuh hati, jiwa, minda, dan kekuatan kami, menjalankan hidup sebagaimana Engkau hidup dan mengasihi sebagaimana Engkau mengasihi.
Amin.
Kami berharap Pelan ini telah mendorong anda. Terokai Sumber yang Lain daripada Compassion Canada.
Kitab
Perihal Pelan
Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.
More