Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 21 DARIPADA 27

Penyerahan mungkinlah idea yang abstrak; maka, marilah bersikap praktis.

Rancanglah cara untuk melayani dan menyertai komuniti anda pada minggu akan datang, mengikuti contoh Yesus. 

Lakukan sesuatu meskipun di luar zon selesa anda. 

Mungkin anda boleh menyertai bantahan, himpunan, atau acara berjaga secara aman yang akan datang tentang isu yang penting dalam komuniti anda. 

Mungkin gereja anda mempunyai pelayanan yang tetap dalam komuniti anda, dan anda bermaksud hendak menyertainya. 

Mungkin anda boleh menyokong anggota komuniti anda yang menghadapi kesulitan pada musim ini secara praktikal, dengan makanan, lawatan, atau hadiah.

Moga-moga Allah dimuliakan dalam anda dan melalui anda semasa anda menetapkan postur anda untuk berserah secara praktikal.

Hari 20Hari 22

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV