Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 26 DARIPADA 27

Kebebasan, sukacita, dan keadaan penuh semangat yang ditunjukkan oleh gembala dalam cerita Krismas adalah menakjubkan. 

Mereka amat gembira kerana berita baik yang akan memberikan sukacita besar. Mereka tidak segan-segan daripada bergegas pergi melihat Yesus, kemudian menyebarkan berita tentang Dia. Mereka terus memuliakan dan memuji Allah. Dapatkah anda membayangkan sifat kebudak-budakan mereka? 

Tangan mereka betul-betul terbuka luas semasa mereka memuji Allah!

Sungguh mudah untuk bersikap sinis dalam masyarakat mereka. Terlalu mudah untuk berpeluk tubuh dan menutup hati kita kepada berita baik yang akan memberikan sukacita besar yang ditemui dalam cerita Krismas. Kasih kurnia dan kebebasan Kristus nampaknya terlalu bagus untuk menjadi kenyataan dalam dunia kita yang susah payah dan menindas ini; maka, kita enggan menerimanya.

Kita dapat mempelajari sesuatu daripada contoh gembala yang menerima berita tersebut dengan tangan terbuka dan memberikan respons segera. Apakah yang mungkin berlaku jika kita memberikan respons terhadap berita baik itu? 

Bagaimanakah postur hati kita akan berubah, bukan untuk satu musim sahaja, tetapi pada setiap waktu dan peringkat kehidupan? Apakah transformasi yang akan diperhatikan dalam hidup kita dan dunia di sekeliling kita?

Mungkin kita akan menjadi lebih suka menolong dan kurang sinis, lebih berani dan kurang malu tentang mendekati Yesus, menanya Dia soalan yang susah, berbuat baik secara rawak, atau menjemput kawan untuk lebih mengenali Yesus.

Sosina ialah seorang perempuan muda dari Etiopia, yang membesar dalam keadaan serba kekurangan bersama dengan ibu tunggalnya. Melalui program tajaan kanak-kanak Compassion, Sosina membesar dengan sokongan dan diubah oleh kasih Kristus. Semasa di kolej, Sosina menyertai inisiatif bantuan komuniti gerejanya yang menggalakkan anggota gereja untuk menyokong kanak-kanak dalam komuniti dari segi kewangan, supaya mereka dapat menghadiri pusat Compassion tempatan juga.

Sosina memutuskan untuk menggunakan wangnya yang sedikit untuk memberikan kesan dan menyokong Deborah. Sekarang ini, ia membina hubungan dengan Deborah, menjadi mentor, memberikan nasihat, dan mendorongnya untuk berdiri kukuh dan mempercayai Allah.

“Saya tahu kehadiran Compassion telah mengubah perjalanan hidup saya. Saya ingin membawa harapan yang sama kepada hidup Deborah. Saya bertuah kerana menerima peluang seperti ini, peluang yang memberkati saya dan sukacita yang timbul daripada pemberian.” – Sosina

Kisah Sosina ialah contoh yang indah tentang apa yang berlaku apabila kasih kurnia yang kita terima daripada Kristus mendorong kita untuk menjalankan hidup dengan penuh sukacita dan kemurahan hati. 

Hari ini, bagaimanakah Allah menjemput anda untuk menerima berita baik yang akan memberikan sukacita besar ini?

Hari 25Hari 27

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV